Sunday, April 21, 2013

apabila ibu bapa menjadi keutamaan

salam.. hurm..haii (moody)

kisahnye, aku kenal dengan budak ni melalui YM zaman aku sekolah lagi... selama ni kitaorang contact dalam fb macam tu ja pun.. selalunya aku jual mahal sebab sebelum ni aku ada Double A. Sebelum Double A ada orang lain...

Dia sentiasa ada dalam hidup aku dari dulu  sampai la sekarang ni.. dari zaman aku hingusan, zaman aku cengeng bergaduh dengan pakwe, tika masalah datang hempap kepala aku & aku xjumpa jalan keluar, dia sentiasa ada..mih..mih... sekarang ni memang aku rapat dengan dia selain double A baru.. banyak benda baik aku belajar dari dia.. sanggup call aku pagi-pagi untuk kejutkan aku sembahyang subuh...banyak la benda positive yang aku belajar dari dia..aku ni pun bukan budak yang baik..sembahyang pun selalu celup-celup ja.. tapi alhamdulillah, bila berkawan dengan dia, aku banyak berubah..

kita orang jumpa buat pertama kali dekat KL bulan 4/2013.. :)
tak dinafikan dia memang seorang yang sempurna... walaupun dia xlah hensem macam Zynn Malik tu ka, xjambu macam Justin bibir tu ka, at least dia cukup sifat.. hidung pun ada xkena bawak lari tikus lagi.... terletak elok ja kat tempat dia...

masa balik tu hati aku memang berbunga sangat2..!! seronok dapat jumpa orang macam dia.. walaupun xpenah declare couple, kitaorang penah berangan nak anak berapa orang, nanti nk letak hantaran berapa..huhu..sampai 1 tahap tu aku pernah terkeluar ayat ajak dia bertunang... mujur dia seorang yang berfikir panjang, kalau tidak memang kelam kabut... banyak lagi persiapan yang kitaorang xprepare sebelum nk ada relationship ni....

tapi malam tadi, bila dia cakap andai mak dia xsetuju dengan pilihan dia, dia akan ikut cakap mak dia...sebagai seorang anak, aku pun terfikir benda yang sama.. Aaaaaa....80% isi ati aku cakap mak dia xkan terima aku sebagai menantu :( banyak lagi perempuan yang baik dekat luar sana tu....

kalau aku pun, aku akan berkorban kasih dengan ikut cakap mak aku, ikut pilihan yang mak aku bagi.... aku tak nak jadi anak derhaka walaupun aku selalu tinggikan suara dengan mak aku, lawan cakap mak aku...sob.sob.sob.. ;(
aku xnk sebab aku diorang anak beranak bermasam muka.. sapa lah aku kalau nak dibanding kan dengan orang yang lahirkan dia, besarkan dia sampai sekarang ni....

walaupun setengah orang cakap kalau family xsuka pun xpa sebab kita bukan nak kawen dgn mak @ kakak dia tapi bagi aku, bila kita kawen dengan seseorang yang kita cintai, kita ibarat berkahwin dengan seluruh isi keluarga dia.... bagi aku, restu family sangat2 la penting.... sebab bila ada masalah boleh rujuk dengan mak dia @ mak kita.... tapi kalau family xrestu, nak mengadu pun takut.... takut orang cakap "tu la, dari dulu xbagi kawen,gatal jugak nak kawen.. dah ada masalah ni, settle la sendiri.... dulu kawen boleh je ikut ati sendiri"...mih..mih....

::memerlukan masa untuk berubah, sentiasa mengharapkan pertolongan dariNYA::

apabila seorang wali tidak boleh diharapkan

assalammualaikum semua,
akhir zaman ni banyak sungguh cerita pasal haruan makan anak, abang rogol adik, kakak adik berzina.. mak anak bersekedudukan, abang sanggup main dengan adik kalau ada kesempatan,mak ayah dera anak, buang anak macam buang lampin pakai buang nauzubillahiminzalik.....  takut aku nak baca surat khabar pun. 

aku sendiri hampir jadi sejarah hitam pasal benda ni.. mujur Allah masih sayangkan aku... cuma aku terkilan sebab orang yang bertopengkan syaitan tu sekarang dah berkahwin dan ada anak perempuan.. kalau adik aku nak pergi tido umah dia, aku xbagi dan terpaksa cerita dekat adik aku pasal perangai buruk dia.. kalau aku balik kampung aku akan berjumpa dengan dia..kadang-kadang aku malas nak salam dengan dia pun sebab perkara tu masih berlegar-legar dalam kepala otak aku....nak pegang tangan di pun aku jadi jijik....  walaupun masa tu aku kecik lagi, aku dh tau beza orang sentuh kita cari nafsu dengan cara sayang.... ya tuhanku, aku harap orang tu dah berubah....aku kesian dekat anak perempuan dia...makin lama makin meningkat remaja.. aku xberani bagi tahu dekat orang tua dia.. aku hanya cerita dekat ummi aku ja...

"Ya Allah ya tuhanku, lindungilah keluargaku dari perkara keji dan mungkar.."

apabila orang mengharapkan pergantungan kita

salam...hai...

herm, baru 2 ari lepas aku dengan family pergi melawat anak angkat dekat KUIN kuala ketil.. masa balik tu my mum dapat message dari sorang membe dia tanya pasal adik aku yang perempuan tu.. katanya nak mintak tolong sikit.. hurm...

Alkisahnye, membe adik aku ni anak bongsu dari 3 adik beradik..agak kasar dan bersekolah di sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di kedah jugak la.... nama dan sekolah di rahsiakan..
 budak ni memang tak berapa rapat dengan family dia.. ape2 masalah pun dia akan share dengan adik aku... sampai kan waktu melawat dekat asrama pun mak budak ni terpaksa ajak adik aku ikot sebab dia xbercakap pun dengan mak dia.. dia buat macam mak dia xwujud then sembang dengan adik aku... kalau nak apa2 pun dia akan cakap dengan adik aku, pastu adik aku akan bagitau dekat family dia....

masa yang mak dia message tu,mak dia bagitahu ustaz sekolah call suruh ambik dia bawak balik sebab dia dalam cubaan nak bunuh diri.. dia hampir-hampir terjun dari bangunan asrama... katanya, dia nampak mak dia datang pakai jubah putih & ajak dia bunuh diri.. nauzubillahiminzalik....

budak ni ada masalah dua tiga hari sebelum tu.. kes bergaduh berebut kak angkat.. mungkin sebab dia murung + dalaman tak kuat kot.. sebab tu la benda tu mudah masuk....

bila dia balik, dia hanya cerita dekat adik aku pasal dia gaduh berebut kakak angkat tu la... esok tu mak dia bawak g berubat dekat perubatan islam (aku dengan adik aku ikut) alhamdulillah..nampak la perubahan dia..... kalau dulu asyik murung, nangis, meracau sekarang dah boleh sembang dan senyum.. ustaz tu cakap orang yang belajar agama ni memang banyak dugaan dia... kalau berhenti sekolah pun, benda tu dah ada dalam badan, dah berkenan dekat diri, susah jugak.. sebab dia akan sentiasa ikut.....

aku perasan, orang yang lemah dalaman dia memang mudah dengar bisikan macam tu sebab satu ketika dulu, aku penah rasakan apa yang budak tu rasa... aku rasa terkongkong, nak keluar xboleh, nak berseronok xboleh so ambik keputusan berkurung dalam bilik.. dalam bilik sorang2, dalam keadaan sedih tu la macam-macam bisikan datang dekat kita...


to my sweet sister of mine,
NUR FARHATUL ABQORIYAh, im proud of you... kuatkan dalaman kita, kekal kan imej terbaik anda....sentiasa jadi pendengar yang setia... kalau orang mengharapkan penggantungan kita, kita kena lagi kuat mengharapkan penggantungan Allah SWT.... :)

Saturday, April 20, 2013

hanya mampu menjawap benda mengarut.

salam.. hai.. selamat petang :)

aku ada adik yang suka bertanya sesuatu yang dia musykil.. dia akan tanya benda-benda pelik, yang aku sampai terkedu nak jawap... contoh nya, pada suatu malam, sebelum tidur, aku mengajarnya untuk mengira nombor 1-50 in english.. lepas habes tu dia tanya aku, "kaklong, kenapa kalau kita tambah 20+20=40?? kenapa bukan 20+20 jadi 21 ka, 22 ka... macam mana dia boleh jadi 40?" aku xdak jawapan weh untuk fakta yang macam tu.. aku cuma boleh cakap, "sebab memang sejak dari dulu macam tu dah... cikgu dekat sekolah pun ajar macam tu jugak..." huhu... toddle (",)

kadang-kadang dia tanya aku, macam mana beza cara nak proses susu cair dengan susu tepung...? aku cuma menjawap dengan benda-benda bohong mengarut ja.. hahaha.. jujur aku xtaw nk explain macam mana kat budak darjah 1.. kalau jawap pakai karangan BM dia pulak pening sat lagi.. hihi


::hari pertama keja... sibuk berkempen::

Thursday, April 11, 2013

Jumaat yg Heaven

Salam jumaat
mudah-mudahan diberkati selalu :)

Hari ni Felda aku ada buat Program Pemantapan Jati Diri untuk geng-geng belia felda.. Adik-adik aku join la program ni... Aku tak join pun..tolong maknjang masak.. Dia buat katering untuk budak-budak program tumakan. Eh! aku melalut ape dah ni..hihi...

Aku cuma nak kongsi cerita adik kecik aku yang hyperactive tu je hari ni....

Hari ni kn jumaat, so family aku (yang lelaki) masing-masing sibuk berebut bilik air untuk bersiap nak pergi sembahyang jumaat.. Ye la, umah aku ade satu je bilik air..Yang adik kecik aku ni pon kalut la, orang nak masuk toilet mandi, dia pun sibuk padahal dia pergi masjid untuk main dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan dia..Bukan nak g sembahyang sangat pon..Grrr... Setelah puas bergaduh dengan abang-abang dia, dia menang... ok la.. dengan hati yang gumbira nya dia mandi/terjun dalam kolah..Rumah aku ada kolah sebab bila masa-masa tertentu tekanan air rendah..so, kena la simpan air.. Dia main terjun je dalam kolah tu... Lupa la kot dalam tu ada ikan cuci cermin@ikan lumut.. Masa dia terjun dalam kolah tu, tiba-tiba dia jerit then terus keluar dari kolah tu.. Ingatkan benda apa, rupa-rupanya ikan cuci cermin tu masuk dalam seluar dia... hahahahaha...kitaorang gelak besar la kat dia... mesti geli geleman rasa masa tu... aku yang tengok pun cering bulu roma.....huhu... jujurnya, sampai sekarang dia dah xpenah terjun dalam kolah tu dah.... Phobia la kot.... hihi
                                               
                                         ok, aan dah ensem nak g sembahyang jumaat



 Apabila engkau lalui apa yang telah aku lalui
Pantang bukan sesuatu yang diambil kisah sangat
Tetapi pengalaman.
Pengalaman yang menghancurkan dan membina jati diri kita semula
Dari seorang kanak2 menjadi seorang gadis
Dari seorang gadis menjadi seorang insan
Dan mudah mudahan dari seorang insan  menjadi seorang mukmin

selamat malam ^_^

Saturday, April 6, 2013

teruk sangat ke saye??


Saya budak sekolah agama… tapi hobi saya dengar lagu-lagu omputeh.

Satu hari, saya dan rakan-rakan terpaksa bersengkang mata untuk siapkan grouping projek. Bagi mengelakkan mengantuk menguasai diri kami, saya telah membuka lagu-lagu melayu kerana rakan2 saya lebih menggemari lagu-lagu yang macam tu… salah seorang roommate saya telah menegur
"La…teah, ada jgk lagu-lagu melayu dalam laptop hang no.. Ingatkan tadak..." saya terkedu & terdiam seketika sambil berrfikir.. “teruk sangat ka saya” ?? (^_^
")


p/s : Saya juga mendengar lagu-lagu melayu, nasyid cuma saya lebih menggemari irama dan rentak dari lagu inggeris ni..akan datang nak nasyid lah..pastu post kt peebukk.. mesti ramai yang pengsan.. hewhew

  



 Assignment yang dibuat oleh makcik-makcik SAKA..