Thursday, January 29, 2015

Entah mengapa hatiku bergetaran

Bila tanya wedding macam mana yang aku nak. emm. meriah or biasa?
To be honest, sapa tak nak wedding yang grand kan? kalau boleh wedding of the year lah kata kan. So semua mak pak sedara mai kenduri boleh la puji. Puji mak pandai carik menantu. Pandai aku carik laki. Jiran keliling kampung bisik2 baguihnya menantu dia. Kenduri besaq. Khemah banyak. Baju cantik, Pelamin elok. Makanan sedap.  Lauk ayam golek ada, laksa ada, abc ada.. Satu kepala kos berapa? Awat mahai sangat. Awat murah sangat. Itu tak cukup. Ini terlebih. blablabla. okey. Too much to think about.
So, i just wanna make it simple. tapi meriah semua adik beradik sedara mara sepupu sepapat ada.. buleh dak?
Ada tok kadi. Abah jadi wali. Hang jadik laki aku. Famili jadik saksi. Dengan satu lafaz hang sebut nama aku. Pastu kita sah. Yeay!.
Just macam tu je. Kalau boleh taknak sanding pun. Cuma nak pakai baju cantik. Lepas tu tengok orang makan kenduri. Pastu salam orang sambil dengaq depa kata semoga bahagia sampai akhir hayat.
ya. bahagia. Like happily ever after. macam tu la konon2. hihi.
So. let's make it happen.
let's make it simple but will be remembered for the rest of our life.
because all i ever wanted is to be happy.
with you. again. with you

:: member punya ayat, aku cedok sikit, edit sikit. Jujurnya dari hati.::

Monday, January 26, 2015

Kegatalan saya (tajuk takde kena mengena)

Hai u olls....
 I olls tengah dalam mesyuarat ni... Hihihi..

I olls nak kongsi kisah semalam.

Eww...geli la i olls u olls bagai.. Okey serius2...

Okey la...semalam aku pegi aneka. Dekat Jitra tu... Tujuan dia 1 ja... Aku pegi semata-mata nak beli contact lens je pun... Hahaha... Nampak tak aku dah perabih duit tang tu...?

Murah je harga dia.. Aku pun tak tahu kualiti dia macam mana... Tapi sebab aku ni jenis gatal dan gatal tangan jadi aku nak beli jugak.. Hahaha.

Dia duduk tingkat 2 dalam shopping mall tu. Kakak yang jual tu pun tak mesra alam langsung. Senyum pun tak. Apatah lagi nak bercengkerama  bermesra-mesra. Tension tau kita nak beli pun. Sebabnya orang tanya warna apa,saiz apa, si tua tu pun macam nak taknak je layan. Tak beli kang.. Padan muka...

Tapi macam aku cakap tadi la.. Aku kan jenis gatal...jadi aku beli jugak... Aku mintak warna brown, dark brown saiz paling kecik. Dia bagi aku saiz 14 mm. Paling kecik la dia cakap. Pastu dia tambah kalau pakai rasa macam tak pakai je.. Confident gila dia cakap. Biasalah la orang dah nak beli baru nak bersuara kan....?

Aku pilih corak yang paling tak nampak / paling sikit sebab mata aku bukan jenis hitam, jadi aku tak nak hilangkan keaslian warna mata aku tu.. Hihihi

Balik tu eksaited tau nak try. Bila aku try je.... Hurmmmmmmm... Hampeh.... Stress gila tau pakai. Memang senang nak masuk dalam mata sebab kecik kan...? Tapi bila aku pejam celikkan mata, contact lens tu taknak dengar cakap. Dia kadang2 tertinggal dekat 1 tempat sampai kita nampak rupa bentuk contact lens tu... Paling aku geram kan..... Kakak tu bagi corak sebelah lain. Eeeeee... Ingat aku ni harimau ka sebelah mata warna lain, sebelah lagi warna lain.... Hewhewhew...
Harimau tu takde kena mengena okey... Aku guna ayat hiperbola ja....

Aku try pegi tukar, tapi dia tak terima... Dia sebab aku dah bukak bekas tu... Grrrr... Kakak tu walaupun muka dia macam fyn, aku tetap xsuka.. Eh...aku mana penah suka fyn tu pun.. Lagu dia ada 2 je yang aku suka DENGAR pun.... Dia aku tak suka... Termasuk la kakak tu....
Aku tak suka.... Tskkk... Sedih tau....

Okey la.. Lepas ni terpaksa la guna duit gaji beli contact lens lomb plak... Sepasang 9rm0 wei.... Tp puas hati sebab ringan gila dan tak nampak bayang-bayang dia... Aku dah tengok review dia.. Membe aku pun ada yang pakai jugak...

Lepas tu pasai gatal kan... Aku nak mention lagi sekali.. Memang aku gatal pun sebab aku tak rabun tapi gagah p pakai contact lens.. Hewhewhew....
Sengetkan kepala anda... Hihi

P/s : aku kat tempat kerja so xde la gambar sebelah lain tu... :'(

Saturday, January 24, 2015

Perempuan memang mudah cemburu... (petang yang malu sendiri)

Assalammualaikumm... Selamat petang...

Asal petang je aku update post kan... Hahaha

Petang ni intenet tempat kerja aku down. Memang selalu problem pon... Dalam testing lagi KTW ni pun...

Kisah aku harini...

Dak ensem tak kerja arini.... So dia keluar la dengan membe dia.. Nak uruskan pakej photographer wedding kitaorang katanya.. Kebetulan membe sekolah rendah dia buat kerja photography sambilan... So alang-alang nak tolong membe buat duit kan.. Dia nak upah la untuk kenduri kita orang nanti... Insya Allah.

Semalam lepas balik dari kerja dak ensem keluar melepak dengan clan geng Askar Melayu (coc) pastu dia saja mesej dok merayu suruh bagi idea nak makan apa... So aku suggest la western food. Sebab time tu dah pukul 12 tengah malam kot.... Nak makan benda heavy malam-malam pastu nak drive balik dari meru ke Shah Alam.. (Padahal xjauh pun) tapi sebab siang tu dia kerja aku takot dia mengantok time drive. Dia cakap kedai dia lepak tu gerai biasa ja tepi jalan takde western. Last2 dia makan nasik jugak dengan sup daging. Tak dengar cakap punya orang. Haisyh....

Jadi disebabkan teringin agaknya nak makan western, harini dia bantai mencekik dekat kenny rogers. Aku pulak tiba2 gedik suruh dia snap gambar hantar kat wasap aku...  Jeng-jeng-jeng


*tengok betul-betul gambar di atas.

Korang tahu apa yang aku fikir....? eh..... Dia makan dengan sapa...? Kenapa ada 2 pinggan.....? Kalau kawan laki, romantiknya 2 bijik kek letak 1 pinggan....
Macam-macam dah bersarang dalam kepala aku ni...

Aku pun tanya la dak ensem makan dengan perempuan mana....? *ayat terdesak*

Dia kata... "Mana ada, makan dengan najmi la.. Kan dah bagi tau tadi nak keluar jumpa najmi...?"

Waktu tu aku malu gila weh... Sendiri rasa muka tebal je.... Hahahah...

Tapi nak cover malu punya pasal kan... Aku cakap, "ye ke...? Bagi bukti tengok....."

Dia pun siap sent gambar lagi ha.....

Eh bukan berdua ja la... Bertiga dengan si Sarah

Haha... Malu...malu...serbu lagi tak pakai helmet... Tak pasal-pasal tertuduh dak ensem yang jarang bersosial ni curang... Macam mana aku tak cakap jarang bersosial... Dia kerja 24/7 kot drive van.. Ha...
Ops sebelum lupa....Sarah dengan najmi ni diorang collaborasi jadi photographer. Kawan sekolah rendah dengan dak ensem ni.. Hihihi

Toodless.


Friday, January 23, 2015

Adik ku Adib Farhan

Assalammualaikum...Selamat Petang

Entri bermalas-malasan di petang jumaat... masih di tempat kerja....


Adik kecik aku sekarang dah darjah 3 tau.. gambar dia la dekat tepi tu.. hihihi.. Aku sangat sayang dan manjakan dia... Kenapa aku pun tak tau... Pasai dia hat last sekali kot... Nampak macam pilih kasih kan..? mihmihmih

Kisahnya macam ni..

Semalam sebelum kami nak lena dekat ruang depan, sambil dok teman mak buat sireh junjung yang orang pesan kami adik beradik sembang-sembang la.... Tiba-tiba Aan (panggilan untuk si kecik) tanya dekat mak..

"Umi, nanti besar Aan tak hensem dah la kan? Aan rasa macam mulut Aan makin jatuh la.."

Mak aku pun sampai terdiam tak tau cakap apa... Sedih pun ada jugak. Pastu mak aku jawap.

"Tu la Aan buaih sangat, umi cakap takmau dengar. Tak pa la Aan, tak hensem takpa. Janji kita belajar pandai sampai berjaya. Nanti dah besaq orang tak nampak dah kat mulut tu... orang dok tengok keta Aan ja."

Kami adik beradik pun terdiam dengar ja apa depa dua sembang..  Ye la, mulut dia masa umo 3 tahun penah kena jahit sebab terhantuk dekat kusyen rotan. Ala...dulu-dulu kan pakai kusyen macam tu lagi. Masa tu dia baru lepas mandi, dok buat tegege  dia la dok menari, lari sambil melompat-lompat.. Kebetulan licin sebab dia baru lepas mandi kan, jatuh la dan mulut terhantuk dekat kusyen tu.. Tak silap dalam 5 jahitan gak la dia kena..

Lepas tu masa tahun lepas, masa nak balik dari sekolah, adik aku eksident dengan moto. Dia yang langgar moto tu.. Bukan moto tu yang langgar dia. Kuat jugak la sebab dia tengah berlari dan nak ke gerai tepi jalan seberang sekolah. Dia pulak jenis kalut... Laju ja tak tengok kiri kanan terus lintas. so.... terus berlanggaq la dengan moto tu. Teruk sangat sampai kena berbelas-belas jahitan. Signal moto tu pun sampai pecah dia langgaq.

 Masa nak jahit tu kemain kelupoq  meronta-ronta sampaikan ayah aku bebai nak kepung dia. Dia takot doktor nak jahit,... memang kelupoq tahap ayam lepas kena sembelih la... Aku ada boh gambaq dia. Kalau rasa tak boleh tengok darah tu baik tak payah dok gatai sekerol scrool bawah.

Ok then. Yang tu ja...




mula-mula kuat jugak dia menangis



lepas tu rasa sakit kot air mata kena kat mulut tu.. pedihhhh ooo


Yang ni gambar lepas jahit. petang lepas dia bangun tido.





Tuesday, January 20, 2015

High all the time...


Bila dia senyum..... manis sangat.. tahap diabetes tau... awww awww


:: unexpected feeling ::

Presepsi manusia selalu berubah kan? hihi..

p/s : post gatal tangan.

Wednesday, January 14, 2015

Cikgu Main Dengan Murid

Lawak Murid dan Cikgu : Nama Unik dan Pelik

Ajoi ialah seorang guru. Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid perempuan dan menjawab “saya DIAN, Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK. Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu
Berenang-renang Ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu
DIAN”

Friday, January 9, 2015

Tempat Kerja Baru

Start 1 Januari 2015 hari tu aku dah lapor diri dekat tempat kerja baru.. Walaupun agak tergesa-gesa lapor diri, aku gagah jugak sebab bukan senang nak dapat kerja macam ni.. Jadi aku antara oarang yang terpilih la dekat sini.. Alhamdulillah... rezeki aku...

Aku interview 18hb Disember klau tak silap.. 20hb tu diorang dah call suruh aku masuk kerja 24hb.. mak aii... mana boleh....sebab aku tengah kerja dengan tempat kerja lama lagi.. so aku slow talk dengan depa la kan.... Akhirnya....! yeay... disini lah aku....


:: post ni aku buat sebab nak buat form.. syarat je nih.. mihmihmih ::

Sunday, January 4, 2015

Manusia Dan Lumrah

CUBA KORANG POST KAT WALL MACAM NI

"Saya terasa nak pakai iphone 6 , ada x yang sudi bagi free kat saya" 

Nanti akan wujud komen2 macam ni.....

1)  "nak pakai hp canggih beli sendiri la"
2) "bertuah la kalau ada orang gila nak bagi iphone 6 mudah2 macam tu"
3) "permintaan x logik langsung"
4) atau xda langsung yang komen
-----------
TAPI CUBA KORANG POST KAT WALL MACAM NI PULAK

"Saya terasa nak bagi iphone 6 kat kawan2 saya , ada yang nak x?"

Maka wujud la komen2 mcm ni.....
1) "sy nak"
2) "bg aku la , nanti aku bg ko simkad free" (bg yg jual simkad)
3) "Weh , cek inbox"
4) " waa , membe gua dah kaya la skarang , sombong la dia"
5)  dan bersusun la komen2 pelik.. org yang xpernah komen pun akan komen...

 p/s : Nampak sgt kebanyakan dari kita ni lebih suka menerima daripada memberi .... bila org meminta dari kita , macam2 kita cakap.. xlogik la apa la... tapi kalau orang nak bagi , laju je... xda pulak pertikai logik ker x logik... bila orang nak memberi, masa tu la nak mengaku kawan lama lah apa lah.... hipokrit lahaiiii.....


 :: Percaya atau tidak , tu lah hakikatnya... x percaya , boleh cuba sendiri....Lumrah  manusia... kita senang , kita lupa kawan , kawan dah senang baru kita ingat ::

Cantik Itu Diwajah @ Dihati...?



Menguap. Mata berair. Sungguh! Kelas heaven sangat sampai rasa mengantuk.

Lecturer yg dikagumi: Nowadays, women spend too much money for their cosmetic.

Aku yg mengantuk : Tersengguk2
Lecturer yg dikagumi: Haa. You there.
Aku yg mengantuk : Saya? terpinga2
Lecturer yg dikagumi: Yes. Kamu kak long. Pakai produk apa kat muka?
Aku yg mengantuk : Err. Err. Arang batu? krik krik

Tertekan sebab rasa diri tak cantik? Tak putih? Hitam? Ehem! betulkan suara

Syair arab ada menyebut,
“Putih tak semestinya bermaksud cantik, dan hitam tak pulak bererti kotor kerana putihnya kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.” senyum kelat

Pepatah english ada mengatakan,
“3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.” Naaaa! Nampak? Putih bukan benda bagus sangat pun.

Ok. nak pepatah melayu jugak? Ni saya bagi pantun. Taadaaaa!
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di bupauga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? betulkan tudung

Geng-geng mafia sekalian..
Cantik ke handsome ke comel ke comot ke (comot itu unik ok. ha3!) Itu semua anugerah dan pinjaman dari Allah. Jangan riak tapi bersyukur. Anytime Allah boleh tarik balik.

Apa? Takut tak dapat jodoh sebab tak cantik? Tak hot stuff? Well~ minum milo

Rugilah seseorang Lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar Wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia. Tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan Syurga. InsyaALLAH. Bi-idznillah. kenyit mata

Dan bagi saya pula, lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kesahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. Bagi anda? He3!

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan punya quote “Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? kerana mereka ini telah cantik di sisi tuhan kami. Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard CANTIK yang ALLAH TETAPKAN” rasa terinspirasi ha3!

Saya tutup entry saya dengan sebuah errr contengan yang entah apa-apa? laugh

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA
Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi..

*perkongsian tulisan yang tidak dipastikan siapa. semoga bermanfaat.