Friday, September 18, 2015

Ya Allah, wahai Tuhan yg memegang rahsia segala sesuatu, jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yg Engkau tetapkan

Ya Allah, aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu,tidak ya Rabbi. Kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,Engkau tahu udlu aku ini hanyalah hambaMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu, dan akupun tahu tiada sorang pun yang sempurna didunia ini dari kesalahan atau kekurangan.
Maka aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu..
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya, seseorang yg kan kucintai kerana keindahan akhlaknya,seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya,seseorang yang akan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya..
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba..
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih..seseorang yang kan ku sapu airmatanya ketika dia menangis..seseorang yg kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat..
Seseorang yg kan ku dengar segala keluh-kesahnya, seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya, seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya.. Yg kan selalu kujanji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba..
Ya Allah, wahai Tuhan yg memegang rahsia segala sesuatu, jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yg Engkau tetapkan.. Dan jadikan barakah dalam apa-apa yg Engkau takdirkan, wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu. Andai Engkau berkehendak lain, sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat, maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku.. Aminn ya rabbi...
Sesungguhnya aku tidah mengetahui,sedangkan Engkau Maha Mengetahui, takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..
Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah memilihmu untukku,
Aku tidak pernah mengharap mncintaimu, tapi Allah telah menundukkan hatiku utk mencintaimu,
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi Allah yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu,
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu, tapi Allah yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu,
Itulah aku adanya..
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri..
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturkan dan menentukan bagaimanaku dan apa yg kurasakan disaat ini.

:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? ::


Entri yang aku copy paste dari facebook.. Terasa sebaknya masa menulis semua ni.... Terasa macam diri sendiri pulak.

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri..

 lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan.. Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian...
Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa..

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?" Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya..
"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..."

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih.. Ketika itu, hati pasti merintih..

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"
Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...
Abang... Berjanjilah dengan sayang... Abang tak akan sia-siakan sayang... Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang... Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita... Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta... Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang.. Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang... Usahlah dibuang kain buruk ini.. Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...Jangan sampai abang berubah hati...Jangan sampai abang bertukar cinta..Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini... Kasih abang sayang junjung.. Cinta abang sayang julang.. Setia abang sayang sanjung..Sampai ke akhir hayat...



P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat

Saturday, September 12, 2015

Entri pertama selepas bergelar seorang isteri.

Kisah ini kredit kepada kisah rumah tangga.. Aku mengepaste dekat sini untuk peringatan diri sendiri jugak.. Memandangkan aku pun dah berkahwin, so tertulis la entri ini. 
Selamat membaca
________________________________________________________________________________
Tahun ni masuk tahun yang ke 11 perkahwinan..
Alhamdulillah, rasanya tak akan cukup lafaz dan ibadah saya untuk menzahirkan kesyukuran.
Saya rasa cukup. Kawan-kawan mencemburui kebahagian saya. Pada tahun yang ke11, kami masih seperti pasangan bercinta.
Kadang-kadang dalam hening malam, saya terfikir, I must have done something right to be blessed like this.
Nak kata hidup saya perfect, tak lah. Seperti rumahtangga lain, berkali-kali kami dilanda badai. Alhamdulillah kami berjaya harungi. Here some of example yang saya rasa menyumbang kepada damainya perkahwinan kami hari ini. Semoga yang baik (jika ada), boleh menjadi tauladan bersama.
1. Saya lebih berpendidikan dari suami, gaji saya 3 kali ganda dari beliau. Tapi bagi saya gaji saya adalah rezeki rumah tangga, yang Allah kirim melalui saya. Walaupun gaji saya, setiap kali nak beli handbag berjenama (perbelanjaan yang beribu), saya akan minta izin suami walau berkali suami beritahu, tak perlu minta izin kerana itu duit saya dan saya mampu. Dan setiap kali jugalah saya akan jawab, duit itu rezeki kita, melalui saya.
Setelah bertahun budaya begitu, ada masa suami akan beri pendapat, tak perlu beli, membazir. Tapi saya akan ambil hati suami, pujuk masak sedap-sedap, merayu, sehingga dia kata.. OK. Baru lah seronok hati bershopping 😁
2. Saya panas baran orangnya. Suami lembut bicara. Sabarnya beliau menjinakkan saya, kini saya lebih lembut dalam kelakuan dan tutur bicara. Sedikit sebanyak, budi baik nya mengalir juga pada saya.. Lembut tegur nya membuat saya mudah menerima dan bermuhasabah. Kita kan tak sempurna, tapi itulah keseronokan hidup, bila ianya adalah bagaikan satu perjalanan untuk penambahbaikan diri yang tiada penghujung.
3. Zaman remaja saya gelap. Dan saya tidak merahsiakan satu apa pun dari suami semasa kami mula serius merancang perkahwinan. Dalam 11 tahun, tidak pernah sekali terungkit kisah itu hatta dalam pergaduhan paling hangat sampai tumbuk pintu (saya yang tumbuk)..
Sebelum kahwin, suami kata dia hanya mahukan masa depan saya, bukan masa lampau. Dan beliau berpegang pada janji sehingga hari ini.
4. Belai mesra suami cukup, kadang-kadang terlebih sampai nak sepak je. (I ni jenis kasar, rimassss). Sudah tahun ke11, masih, bila saya masak, dia peluk dari belakang. Sebelum pergi kerja, peluk ketat 5 saat. Sebelum tidur, cium muka cium tangan dan berterima kasih kerana menyayangi. Setiap masakan saya di jamah dengan ucapan terima kasih. Anak-anak tak boleh tumpang katil kami (tapi katil mereka boleh bercantum dengan katil kami). Sampai office call, before lunch call, lepas lunch call, sebelum balik office call, siapa sampai rumah dulu call.
Saya rasa ini yang mengikat kasih kami. Ramai kawan saya mencuba mulakan budaya ini, tapi pasangan tak beri respond yang membina. Saya cadangkan teruskan saja walau ego dan hati kadang-kadang boleh sentap. Kerana saya bukan lah orang sebegini dulu, suami yang mulakan. Dalam rimas saya layankan juga. Sekarang sudah terbiasa, malah bersyukur. Kalau saya boleh berubah, pasangan mereka juga boleh.
Rasanya ini saja yang saya boleh share buat masa ni. Nanti bila free saya sambung, itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau lagi ramai yang meluat dari yang suka, tak perlu share lebih walaupun niat saya agar yang baik boleh jadi panduan kepada yang lain. Saya dapati, kadang-kadang kebahagian kita menjadi duri kepada orang lain, dan saya hormati perasaan itu.