Saturday, September 12, 2015

Entri pertama selepas bergelar seorang isteri.

Kisah ini kredit kepada kisah rumah tangga.. Aku mengepaste dekat sini untuk peringatan diri sendiri jugak.. Memandangkan aku pun dah berkahwin, so tertulis la entri ini. 
Selamat membaca
________________________________________________________________________________
Tahun ni masuk tahun yang ke 11 perkahwinan..
Alhamdulillah, rasanya tak akan cukup lafaz dan ibadah saya untuk menzahirkan kesyukuran.
Saya rasa cukup. Kawan-kawan mencemburui kebahagian saya. Pada tahun yang ke11, kami masih seperti pasangan bercinta.
Kadang-kadang dalam hening malam, saya terfikir, I must have done something right to be blessed like this.
Nak kata hidup saya perfect, tak lah. Seperti rumahtangga lain, berkali-kali kami dilanda badai. Alhamdulillah kami berjaya harungi. Here some of example yang saya rasa menyumbang kepada damainya perkahwinan kami hari ini. Semoga yang baik (jika ada), boleh menjadi tauladan bersama.
1. Saya lebih berpendidikan dari suami, gaji saya 3 kali ganda dari beliau. Tapi bagi saya gaji saya adalah rezeki rumah tangga, yang Allah kirim melalui saya. Walaupun gaji saya, setiap kali nak beli handbag berjenama (perbelanjaan yang beribu), saya akan minta izin suami walau berkali suami beritahu, tak perlu minta izin kerana itu duit saya dan saya mampu. Dan setiap kali jugalah saya akan jawab, duit itu rezeki kita, melalui saya.
Setelah bertahun budaya begitu, ada masa suami akan beri pendapat, tak perlu beli, membazir. Tapi saya akan ambil hati suami, pujuk masak sedap-sedap, merayu, sehingga dia kata.. OK. Baru lah seronok hati bershopping 😁
2. Saya panas baran orangnya. Suami lembut bicara. Sabarnya beliau menjinakkan saya, kini saya lebih lembut dalam kelakuan dan tutur bicara. Sedikit sebanyak, budi baik nya mengalir juga pada saya.. Lembut tegur nya membuat saya mudah menerima dan bermuhasabah. Kita kan tak sempurna, tapi itulah keseronokan hidup, bila ianya adalah bagaikan satu perjalanan untuk penambahbaikan diri yang tiada penghujung.
3. Zaman remaja saya gelap. Dan saya tidak merahsiakan satu apa pun dari suami semasa kami mula serius merancang perkahwinan. Dalam 11 tahun, tidak pernah sekali terungkit kisah itu hatta dalam pergaduhan paling hangat sampai tumbuk pintu (saya yang tumbuk)..
Sebelum kahwin, suami kata dia hanya mahukan masa depan saya, bukan masa lampau. Dan beliau berpegang pada janji sehingga hari ini.
4. Belai mesra suami cukup, kadang-kadang terlebih sampai nak sepak je. (I ni jenis kasar, rimassss). Sudah tahun ke11, masih, bila saya masak, dia peluk dari belakang. Sebelum pergi kerja, peluk ketat 5 saat. Sebelum tidur, cium muka cium tangan dan berterima kasih kerana menyayangi. Setiap masakan saya di jamah dengan ucapan terima kasih. Anak-anak tak boleh tumpang katil kami (tapi katil mereka boleh bercantum dengan katil kami). Sampai office call, before lunch call, lepas lunch call, sebelum balik office call, siapa sampai rumah dulu call.
Saya rasa ini yang mengikat kasih kami. Ramai kawan saya mencuba mulakan budaya ini, tapi pasangan tak beri respond yang membina. Saya cadangkan teruskan saja walau ego dan hati kadang-kadang boleh sentap. Kerana saya bukan lah orang sebegini dulu, suami yang mulakan. Dalam rimas saya layankan juga. Sekarang sudah terbiasa, malah bersyukur. Kalau saya boleh berubah, pasangan mereka juga boleh.
Rasanya ini saja yang saya boleh share buat masa ni. Nanti bila free saya sambung, itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau lagi ramai yang meluat dari yang suka, tak perlu share lebih walaupun niat saya agar yang baik boleh jadi panduan kepada yang lain. Saya dapati, kadang-kadang kebahagian kita menjadi duri kepada orang lain, dan saya hormati perasaan itu.

No comments:

Post a Comment