Thursday, May 30, 2013

aku,kau & dia

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 (mood hujan renyai2)

herm..kenapa kita susah nak lupakan seseorang tu? walaupun ada orang lain yang sayang kita, ambik berat pasal kita, jaga kita sebaik mungkin? dia bukan cinta pertama aku, tapi aku susah nak lupakan dia... mungkin sebab aku banyak kenangan dengan dia kot.. ntah la....susah bila hati dah kata sayang ni....

herm... aku takut nak bagi jawapan sekarang ni.. sebab aku takut aku akan kecewakan orang yang aku sayang..... aku taknak terburu-buru dalam buat keputusan, declare dalam keadaan sakit hati lagi dengan yang lama.. biar la masa yang tentukan semuanya, biar lah yang lama dah jumpa pengganti aku pun, aku tak kisah.... kadang-kadang aku berharap sangat dia penat cari pengganti aku, dan datang kat aku balik.. tapi aku tahu, benda tu dah jadi perkara mustahil.. dia sendiri mengaku dia bahagia dengan apa yang dia dapat sekarang..  mungkin aku ni ja kot yang bodoh still tunggu dia... Double A, saya masih xjemu tunggu awak sebenarnya...

untuk yang baru, saya harap awak mampu sabar tunggu keputusan saya, mampu tahan dengan perangai tak matang saya, sentiasa bersabar dengan sikap saya... jujurnya, saya sayang awak sangat2... tapi saya memerlukan masa untuk melupakan sidia....

Friday, May 24, 2013

Jumaat Malam Keliwon

Bila baca ni, saya terfikir, sebenarnya saya ni cinta @ hanya sayangkan awak?
___________________


Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang..
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga..
Tapi,di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata..
Tapi di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja..

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu,
Namun di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar..

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..
betul tak?

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis,
Namun bila orang yang kita suka menangis,
kita akan cuba membuat dia gembira..

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga..

:: awak, hati saya berbelah bagi...
dunno why, lately he's always in my mind... three month just not enough ::

Monday, May 20, 2013

Membilang Masa

Salam 1 Malaysia u olls...

"SELAMAT BEKERJA"
Wah..huruf besar tu.. kenapa? sebab aku berblog dalam masa 'kerja'
hahaha.... 

Ingat lagi tak cerita ketua kelas yang aku cerita hari tu? Alaaa....yang dah nak kawen tu? hahaha
Malam tadi aku mimpi dia.. macam mana boleh mimpi ntah la... Tapi dalam tu aku mimpi bakal wife dia ada sekali.... haha.. yang aku rasa lawak sebab masa tu dia nak belikan aku rantai emas, pastu dia takut wife dia tahu dia xmasuk pun dalam kedai tu, dia cuma selit duit ja dekat dalam aku punya poket baju.. hahaha.. pastu dia call kedai tu order patern yang sama macam wife dia.. haha... nampak keadilannya disitu... tapi aku sapa....? wek....
Pastu banyak lagi la aku mimpi mengarut pasai dia.. malas nak melalut tang ni... cumanya aku mesej dia pagi tadi pastu dia cakap nak jumpa aku.. erk...


Aku tengah membilang masa ni.. Lagi dua ari g nak jumpa dengan dak ensem tu... huuhuu..Lambat betul la rasa dua hari pun.. Tapi yang tak bestnye, 1 hari bulan ni aku kena kerja... Dah la ari tu ade 2 buah kenduri...kawan-kawan baik punya kenduri pulak tu.. termasuk la ketua kelas tu.. hadoii la... meluat sangat!

SAWAH PADI

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ha tedia....panjang dah tu salam tu... huhu...xpe, dapat pahala banyak kit..eh! hahaha

Mood menulis ni datang sebab aku tido tengah hari sampai ke petang... pukul 1-5... Kesian dak ensem kol 2kali aku tak angkat... malam ni tak buleh nak lena pulak... aku pun perosek-perosek la apa yang patot..huhu..tiba-tiba rasa nak menulis..


Hari ni aku cuti, pagi-pagi lagi aku dah terjaga sebab malam tido awai... kesian dak ensem call semalam aku tak angkat.. 2kali kesian dah.,. Tak sedaq punya pasai.. So, pagi-pagi ni la abah aku ajak p tengok bendang kami kat kampung sebelah nu... Sekarang ni musim orang menanam... Orang dok tabur benih padi.. Tapi hari ni hujan... Tak boleh la nak tanam nanti tak hidup pulak sebab air hujan bawak masuk parit...

Sebenanya abah aku bukan reti pun buat padi ni.. Baru belajar nak jadi petani.. Baru 3,4 musim buat padi ni.. huhu, selalu adik beradik abah yang mai tolong..dia bayar upah... Lagi pun padi yang kitaorang buat ni padi yang depa buat pakat.. Kira nya ada orang yang tenggala, mesin dan lain-lain.. Kita cuma sedia duit bayar upah ja... Yang adik beradik abah dia akan datang untuk tabur baja, racun, vitamin dan sebagainya lah...

Herm,aku suka datang sini sebab dia tenang je... View pun cantik.. Pastu ada katok(telaga yang gali sendiri) yang banyak sangat ikan dalam tu...Boleh la nak mancing..Tapi takut gak sebab tepi-tepi dia ada lubang ular.. huhu.. Kadang-kadang aku dengan adik-adik kena kerah dengan abah untuk mai sulam padi... Sulam padi ni kita kena tanam pokok padi dekat tempat-tempat yang padi tak tumbuh.. Penat jugak la sebab kena bongkok-bongkok.. Tapi paling best time mesin ambik padi laa... Sebabnya time tu kita ikut belakang mesin tangkap ikan pakai tangan... Ye! pakai tangan sebab ikan banyak sangat... Lepas tu burung pun banyak o0o0 yang terbang makan padi yang dah kena mesin tu... Huhu..Meriah sebab kadang-kadang ramai orang datang tengok.. Pastu yang paling best time dapat duit padi... Eh! haha.. Zakat jangan lupa bayar!

Ni gambar aku dan adik-adik, mak menakan, anak angkat, anak jiran yang first time buat padi. Agak perak(jakun) jugak laa...huhu



Cantik kan?

:)




Kesian xpenah naik mesin padi.. aku ade..ko ade? haha

Sesi tangkap ikan


Hat dua ekoq ni reja dok menggedik jaa

Angah sambil mengai ikan dok pelik tengok kami dua dok menggedik bergambar


Serius terserlah keperakkan nya.


Semua pakat ragaih(panjat) lori


Gambar padi sebelum ambik


Kami yang Yeay!


Kat tempat kosong ni la nak kena sulam dengan pokok padi



Sunday, May 19, 2013

M.A.L.A.S

Salam Magrib,

Hurm, lama xtengok blog... Rasa malas pulak nak menaip. Kat tempat kerja pun selang 15 minint nak kena menaip, nak kena post... Jadi malas sangat-sangat dan sangat....


Cukup seminggu dah aku kerja dekat tempat tu... keje dia on9 page syarikat pastu post ape-ape pasal produk yang syarikat jual... pastu kena buat 2@3 account facebook yang fake untuk kita komen,kita like.... Macam menipu orang pun ada aku rasa.... kita sendiri post, kita sendiri like pastu kita sendiri like.. huhu..Tekanan


 Nasib la nama pun kerja kan... huhu.. tatau la berapa lama nak tahan kerja situ...selang sehari HR datang department kitaorang untuk buat kacau... tak de kerja sungguh..... Ehm lupa pulak nak bgtaw...aku dududk department IT,Multimedia dan Marketing... Sebenarnye geng2 HR tu xperlu pun datang kitaorang punya department....Tapi maybe mungkin sebab diorang xde kerja kot..Sebab tu rajin mai 'ziarah' kitaorang ni....




::: Menaip dalam keadaan riak sebab kuku cantik siap berinai lagi...Woha!! ::




Tuesday, May 14, 2013

Tips Untuk Fokus dan Elak Mengantuk.

Huarghh...mengantoknya....

Kerja dari pkul 9-5 asyik mengadap komputer je... letih oo...bukan badan ja yang letih, otak, mata pun letih jugak.. Alang-alang dah mengantuk ni kan, aku gugel je la tips- tips untuk nak fokus dalam 1,1 kerja tu...
haaaa....nampak tak permainan dia disitu? aku berblogging dalam waktu kerja woih....!! hahaha
ok, dah...ni tips-tips dia....
----------------------------------------------------------
1. Set Niat:
Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam 1 pekerjaan, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2.“Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari.

:aku manusia yang jarang minum air, suka baring dan suka tido lewat..woha! ::

Monday, May 13, 2013

Kuatkan hati mu untuk membacanya..

Kisah Sedih Seorang Remaja Lelaki - Untukmu Ibu!!

p/s : Sediakan tisu buat mengesat air mata bagi mereka yang berjiwa halus. Semoga ianya menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga. Berilah mereka peluang kerana mereka juga ada perasaan, ada cita-cita dan harapan.
-------------------------------------------------------------------------------------
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Pekan J. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pekan untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
"Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri roh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Roh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana.

:: emosi 2,3 ari ni asyik sedih je::

Marah cepat Tua Okeyy...

Rasa nak marah? haaa.... ni ada tips untuk korang

5 petua mengawal marah
-------------------------------------------------------------
1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan
-Kaedah ini dah ramai motivator bagi. .Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya.

2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
-Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk.

3. Ambil wuduk.
-Dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.

4. Mandi.
-Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.

5. Baca Al-Quran.
-Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!

::noted untuk diri sendiri : puasa-puasa ni kena tahan diri daripada nak marah-marah::

Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari-Hari Hari Ibu :)

i love you mom...

aku dah wish kat ummi aku...korang dah wish..? haha...


Dia lah suara pertama aku dengar bila bangun tidur. Dia lah hari-hari kejut aku solat subuh selain Encik Lelaki Melayu Kedua Terakhir tu... Dia lah hari-hari bagi aku duit belanja sekolah. Dia lah hari-hari tanya aku nak makan apa.. Dia lah jugak yang panik bila aku sakit. Dia lah ibu paling hebat di dunia dan tiada gantinya. Dia ialah Halimah Binti Morad. Selamat Hari Ibu. Kaklong sayang Ummi ♥

Tersentuh hati, sebak didada, bila ada seorang kawan yang mak dia dah meninggal masa umur dia 18 tahun.. 

Katanya, " just saw someone posted abt ^mothers day^ :’(" 

Dia sangat terasa bila tengok dekat wall orang lain penuh dengan ucapan Selamat Hari Ibu... 

aku : lah tak payah sedih. ummi aku kan ada :D kita share nah . khamis hari tue aku baca yasin untuk mama ang tau untuk hari ibu. hehe...

dia : terimakasih wey, touching aku. emm. hanya Allah dapat balas jasa hang tu ♥ ♥ ♥

Ibu. Tempat kita melabuhkan duka,kesakitan dan segala macam cubaan di dunia. Setiap hari adalah Cinta buat mereka.

‎"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Kepada semua wanita yang bergelar ibu di dunia, SELAMAT HARI IBU muah muah (termasuklah bakal mak mertua.. eh!)



sweet couple ever!


Friday, May 10, 2013

ALLAH SAVE THE BEST FOR LAST.


Ketua kelas masa kursus infosys dh nak kawen 

" Trauma nak ke kenduri kahwin. Sebab malas nak jawab soalan panas!"

Hahaha. Aku senyum je bila dengar luahan hati budak 23 tahun tapi dah matang macam bapak-bapak. Hehehehe. Tapi dalaman, aku fikir jauh sikit.

Entah, personally aku tak terfikir lagi soal kahwin semua ni. Tipulah kalau tak terfikir tu sampai takde niat kan. Mesti ada. Tapi tak terfikir maksudnya, kalau sekarang ni orang tanya single ke apa, to be honest it is. Kawan ramai lah. Yang betul-betul serius tu... susah sikit nak jawab.

Jodoh itu pada aku datangnya tak diundang. You never know. Sekali dia datang, sekejap je hati kau akan rasa kelainannya dan sekejap jugaklah hati kau akan bersetuju bahawa itulah namanya jodoh. Dah banyak yang aku tanya pada kawan-kawan mana yang dah lepas.

"Macam mana kau rasa dia adalah orangnya untuk kau?"

Dan rata-rata jawapannya, "Entah. Aku pun tak tahu. Yang pasti, yakin dia yang terbaik."

See. Macam tu lah misterinya jodoh. Datangnya tak diundang, sekejap je boleh menjelang dan sekejap jugak boleh hilang. Untuk aku, tak perlu risau usia datangnya jodoh tu sebab persepsi orang kita je yang sibuk kata perempuan yang kahwin lewat tu tak laku, sedangkan hakikatnya....

ALLAH SAVE THE BEST FOR LAST.

ketua kelas tu (xfriend dengan dia pun dalam fb ni) tapi kawan-kawan dia ramai
:: Insya-Allah.Tahniah buat semua kawan-kawan yang dah berumah tangga. Jalankan tanggungjawab anda sebagai suami dan isteri dengan sempurna sebab setiap dari kita adalah pemegang amanah-Nya.

Thursday, May 9, 2013

1 gambar sejuta kenangan :)

salam jumaat! :)

kenapa gambar mula-mula dulu ye? selalu berjela-jela tulis baru ada gambar...haha... ikut suka la kan...xkacau manusia lain pun...huhu...

ni gambar adik-adik aku...huhu..ramai dak 'Hero Malaya'.. siap pakej bodyguard tu.. hehe.. tp aku xsuka la ada bodyguard sebab tak bebas nak buat kerja pun...huhu.. bila ramai lelaki ni, nak nampak rumah kemas memang susah la....bju berlonggok, pinggan tak basuh, hai laa..... hurm, gambar ni ambik masa ummi aku p rombongan kL-melaka... tinggal nangoi-nangoi ni ja la dekat rumah.. huhu...

erm, tapi dah dua hari ummi tak sihat, dok baring dalam selimut jaa... kebas-kebas dan sakit urat katanya... campur dengan terkejut sama..terserampak dgn cik 'u' (yg kulit dia orang buat beg uh) dalam bilik air... ummi bukan boleh terkejut sikit... dia ada darah tinggi.... pastu kalau dah terkejut mula la darah naik, nak pening, tidur seminggu..huuhuu...ummi,ummi.

apa-apa pun moga ummi cepat sembuh, seronok nak 'bergaduh' dengan ummi...eh! haha

::semalam xsempat baca yasSin untuk arwah, jap g sempat kot p kubur dia.. Al-Fatihah ::

Wednesday, May 8, 2013

lapaq kebuluq

selamat pukul 2.59 pagi

huhuhu....tak buleh nak lena..lapaq.......perut dok bunyi dok main lagu dondang sayang dah ni..nak mangkit segan.. kalau mangkit p makan ni bila pulak nak lena.... arrrrrrr....tekanan..

*pejam mata cuba lena

tiba-tiba bayang makanan pulak...hailaaaa....macam-macam
nazak sangat dah ni...... nak bangun ka dak tatau.... iskk..gena nak kuruih lagu ni.. reja dok makan jaaa.. sari 5,6 kali bedai masuk dalam mulut.. sabar,sabar.....nak pagi tak lama dah..baca bismillah-doa tidoq-pejam mata rapat-rapat....ZzZzZzZZ




dalam dok pejam dok bayang hat ni....aaaaaaaa *teliuq




Wednesday, May 1, 2013

perlu ke....?



salam... ellow world :)




pagi tadi masa aku berjalan nak g tempat kerja, ada seorang lelaki ni tahan aku & mintak no telefon aku.. aku macam pelik la kenapa tiba-tiba dia mintak no telefon aku... budak laki ni duduk satu kampung dengan aku tapi aku tak penah bertegur sapa pun dengan dia... bila aku tanya dia jawap "bagi ja dah la.." mujur la otak aku mampu berfikir dengan cepat, so aku pun bagi nombor tepon ummi aku.. hahahaha.. tapi dia tak simpan pon nombor yang aku cakap tu...dia cuma suruh aku sebut ja depan dia... apa - apa pun ummi aku jadi mangsa..hihi jahat tak aku....? lagi pun aku fikir nak buat ape nak ambik no aku? bukan ada kepentingan apa pon... kalau setakat ambik sebab nak kacau aku, nasib la sebab kena cakap dengan mak aku dulu... biar dia kena sound dgn my mum... huhu..




muka aku macam ni la kot tadi tu...









tatau nak buhung apa dah.. :) lalalala




::wordless wednesday!