Wednesday, September 18, 2013

Semuanya Rahsia ALLAH

Sesungguhnya cinta itu milik Allah. Dicintai dan mencintai adalah anugerah dari Allah. Datangnya cinta kerana Allah,perginya cinta juga dengan izin Allah.

Takut kehilangan sesuatu yang tak pasti sama dengan tidak redha dengan ketentuan Allah.Ketakutan terhadap rasa kehilangan boleh diatasi dengan percaya kepada takdir Allah. Sebagai manusia,kita hanya meminjam bukan memiliki..

Melupakan seseorang yang telah banyak memberikan kebahagiaan bukan satu perkara yang senang. Namun jika itu yang terbaik relakanlah. Hidup adalah sebuah tanda “koma”. Tanda titik kita dapat jika nyawa telah tiada. Selagi ada nyawa,kita masih memiliki harapan.

Bertemu itu adalah takdir. Berkawan itu pilihan. Namun untuk mencintai itu kuasa Ilahi .Jangan musnahkan persahabatan jika cinta tak kesampaian. Telah tercatat sebaris nama di Lauhul Mahfuz untuk dirimu. Peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Teruslah menanti dengan ikhtiar dan do’a serta jadilah yang terbaik. 

::Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,namun Insya Allah nanti akan datang orang yang menerima kita apa adanya.. :: 

p/s : Rasa rindu yang hadir tak mampu untuk dibendung. Semoga sejahtera anda disana... Al -Fatihah

Saturday, July 20, 2013

Kekanda Adinda

Buat kekanda MZMR

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
Kita bertelagah soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas SMS
Tentang tidak kata I love you dihujung panggilan
Tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
Siapa yang lebih cinta siapa
Siapa yang sudah mula berubah

Tiada apa-apa
Kita sebenarnya okay-okay sahaja
cuma kita RINDU sesama kita


:: Tak ada benda nak di buat entry, cuma melahirkan rasa rindu ::

Wednesday, July 17, 2013

Kejadian Bulan Puasa

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan!!

Fuh...Fuh *tiup habuk

Taip entry dalam keadaan sebak bila baca status kanda... Ye la, bini(moto) dia hilang masa kat tempat kerja puasa ke-4 tu.... Nak raya pun jadi tak semangat. herm... 

Lap aiq mata baca status kanda.. Katanya

 "13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadhan 1434 
Aidilfitri kali ni bakal dirayakan tanpa bisikan enjin buah hati kesayangan. Berat sungguh dugaan ramadhan kali ni. Apa2 pun semua yang berlaku itu ada hikmahnya kerana Dia takkan menimpakan kesusahan yang tak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Dia menduga supaya kita lebih mengingati-Nya dan Dia akan gantikan dengan yang lebih baik kan Fatehah. Terima kasih atas segala suka duka yang kita lalui selama ni. berhujan berpanas, eksiden smpai takleh jalan pun sudah. Memang banyak kenangan dalam masa 3 tahun ni walaupun tak sempat jugak bawak balik ke negeri kelahiran. Rindu yang teramat sangat smpai tengok moto org lain pun mesti teringatkan kamu.. Kunci dengan roadtax ada lagi sebagai kenangan dan pengubat rindu. Apakan daya tak dapat kita dating time raya tahun ni tapi takpe kita dating hari2 dalam mimpi ye. Bila tengok gmba2 ni balik teringat kenangan paling manis kita, berjaya ke puncak genting! 
selamat tinggal kekasih
*sebak kemain taip entry ni*"

Yang aku ni pulak terlebih emo... haha... Besa la.. Baru plan  nak dating raya ni dengan moto tu.. Tak de jodoh pulak nak jumpa dengan madu.. Herm, kebetulan pulak tengah menganggur ni.. Banyak la benda dalam kepala otak yang tersimpan berkurun nak di taip... Kalau tak biar je berhabuk blog ni..

Tak pe la kanda, dinda hanya mampu bagi semangat ja sebab dok jauh ni....
Kadang-kadang kita merungut bila hujan turun, sedangkan kita lupa Dia nak hadiahkan kita pelangi yang cantik yang menyebabkan kita terpegun lalu memuji kebesaranNya... Kita selalu mengeluh kehilangan sesuatu nikmat sedangkan Dia nak uji kita agar lebih mengingatiNya dan Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya.. Sabar na sayang... Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya... "

Dinda selitkan jugak gambar kenangan kanda bersama KCV 8627. Harap kanda xmarah la...(",)




p/s : bukak posa ni nak makan apa ye? 

Tuesday, July 2, 2013

Cinta Luar Biasa

Orang cakap, jangan terlalu membenci, kelak orang yang kita benci itu adalah jodoh kita. Macam itu juga kalau menyayangi seseorang, jangan terlalu menyayangi, sekali dikhianati kita akan terluka. Apapun, jatuh cinta dengan orang yang pernah kita benci itu adalah sesuatu yang manis. Dengan perasaan benci itu sebenarnya kita melihat satu sisi indah pada seseorang itu! Tapi kalau jatuh cinta dengan orang yang kita suka lagilah ohsem... Kawan saya cakap, Biar kita yang membuat pilihan jangan kita yang jadi pilihan.. Cinta tak perlukan suara, tapi tindakan.   Selamat berkasih-sayang!

p/s : Banyak benda tersirat dalam hati nak menaip, tapi tersimpan dalam lubuk hati malas nak menaip selepas kejadian handset jatuh dalam lubang jamban dan naik moto langgar pembahagi jalan. Lagi satu penyebab malas nak menaip sebab kebanyakkan entry yang nak taip tu duduk dalam handset yang jatuh dalam lubang jamban tu.. hahaha.

Saturday, June 15, 2013

Entry Lepas Geram

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat petang.....

Aku baru balik dari kenduri ni... Dalam keadaan mata yang membengkak macam kena ketumbit sebab jerawat besar tumbuh melata ataih kelopak mata ni aku gagah jugak ikut mummy p kenduri... Bukan satu kenduri, tapi dua kenduri aku pi... mueheheh... Nak nak lepas geram sebab masa aku pi kenduqi yang pertama, aku tengok ada sorang budak ni dok pukul-pukul mak dia, hempuk-hempuk kepala mak dia yang dok tengah makan. Yang mak dia pun biaq ja... Kalau la budak tu adik aku, memang lumat dah aku kerjakan.. Perluka pukul-pukul mak sampai macam tu? Kalau ya pun tak larat tunggu, tak perlu kot sampai buat macam tu? Lagi pun budak tu dah besar. Dalam lingkungan darjah 2@3... Kalau dibiar sampai ketua, memang melarat la.... Aku nampak dia buat macam tu, aku terus bagi jelingan maut dekat dia, sampai dia terdiam dan tunduk... Hahaha... Aku kalau jeling dekat puntianak, puntianak pun surrender.. kah kah kah.. Tapi serius menakutkan kalau aku menjeling... #sigh

Friday, June 14, 2013

Sakit itu ujian dari ALLAH

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi, 

Hari ni bangun lewat sikit, diberi cuti dan disebabkan faktor kerap berjaga sepanjang malam.
Malam tadi terjaga sebab sakit bahagian perut, biasa lah penyakit orang perempuan. Bangun duduk dan tekan perut guna tangan, lentok kepala dekat sisi katil, tido dalam keadaan duduk. 

Memang sakit sangat-sangat. tapi xpa lah... Sakit tu kan ujian dari Allah, tanda kasih sayang dari Allah. Selain ujian dari Allah, ia mampu menggugurkan dosa-dosa ereka yang sabar menghadapinya serta meningkatkan darjat disisi-Nya. Bila sakit, kita ingat Dia... Jangan ingat sakit itu malapetaka pulak. :) Mungkin sakit itu sebagai peringatan kerana  ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari...

:: Sabtu cuti, masih dalam mood kenduri ::

Saturday, June 8, 2013

Jerawat Dan Ubat Gigi

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bangun pagi dalam keadaan bebai sebab jerawat naik penuh dekat dagu.. Pastu dekat pipi pun ada jugak sikit- sikit... Mula la aku kalut cari petua dalam tenet cari cara nak kecutkan jerawat.. Aku tak kisah sangat kalau ada jerawat ni.. Cuma kali ni aku rasa teruk sangat dah sebab nak senyum pun aku rasa sakit.. Haru sungguh... Gugel punya gugel aku jumpa la petua mudah nak kecutkan jerawat... Dengan UBAT GIGI ja... Aaaaaa.. Kenapa la aku boleh lupa ni.. Penah buat dah dulu.. Tu la... Jerawat jarang nak naik, sampai lupa abes petua.. Kalau aku bubuh ubat gigi tu malam tadi, mesti pagi ni jerawat aku dah kecut.. wuwuwu..... Tak pa la... malam ni ada lagi.... 


gambar dari pokcik gugel



:: pagi ni dating kejap je.. masing-masing layan angin dalam kepala ::

Friday, June 7, 2013

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيماَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
" Bersedih Itu Adat Manusia, Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih."

Pagi tadi aku sempat baca yassin dekat kubur arwah.... Sebelum ni aku cuma sempat pi ziarah baca fatihah ja.... Cuma tadi masa terluang banyak, aku ringan-ringan kan lah baca yassin. Malam ni aku baca satu cerita sedih.. Saja la nak kongsi cerita ni.. Meleleh jugak la air mata walaupun aku sendiri pernah merasa kehilangan yang tersayang.. Tambah dia pergi dalam keadaan mengejut... Memang susah nak terima sebenarnya... Masa aku tengok arwah kat rumah pun (lepas balik dari hospital) aku tak percaya yang tu dia..... Lepas tu aku selalu mimpi dia... Kadang-kadang rasa nak call number dia, nak cakap dengan dia.... Awak, semoga tenang disana... Al-Fatihah...
Aku nak kongsi ceita sedih ni dengan korang... Sediakan tisu Na... :)
------------------------------------------------------------

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang…
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yg tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah gendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah & mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah & mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.


Mak nampak anak mata abah, berkaca², setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat² abah sapu dgn lengan sasanya.
“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yg memakai & membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. Tak baik buat abang macam tu!”
Itu pesan mak semasa kakak² mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat² abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”
Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dlm liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi² mak terima ucapan takziah daripada tetamu yg datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yg mereka tanyakan pd mak.
Soalan itu asyik terngiang² di telinga mak.

Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tp setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dlmnya tercatat peristiwa yg berlaku sepanjang 4 tahun 2 bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yg tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pd catatan peristiwa lebih kurang 3 bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yg mak cari².
Jawapan untuk soalan yg mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung krn hati membengkak. Kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan utk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. 2 hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sgt melihat lori sampah yg lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.
Puas mak & abah melilau sekitar KL, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yg sanggup buat kek macam yg abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dgn perut membusung, dada berombak krn sukar bernafas, abang masih tersenyum & nampak ceria melayan rakan² yg datang, sama² menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yg terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring & asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yg boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dlm hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pd mak, macam mana dgn abang?
Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”
Mak terpaksa cakap begitu pd mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing² bertarung dgn ujian apabila anak yg dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yg mak beri itu kedengaran manis pd telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor utk bawa abang pulang ke rumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu² terakhir bersama keluarga. Dan di saat² akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?”
Mak masih ingat pd suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!”
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dlm trak bomba. Pegawai itu garu² kepala, kemudiannya menggeleng²kan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya & hanya menanti masa utk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”
Bila lihat perut abang yg buncit & dada dipenuhi kesan parut & jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sgt biarpun cuma 15 minit abang di dlm trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka 5 saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yg mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”
Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”
Pekerja itu tertawa mendengar kata² mak. Kemudian, mak angkat baju abang & beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yg memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama². Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yg sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak & abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yg ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam² abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak & macam² lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pd pukul 3 pagi!
Apa saja yg teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak & abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi utk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dgn tubuh abang yg sudah tidak bernafas!”
Itu kata² mak pd abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia & redha jika apa² berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas utk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yg sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu utk benarkan kakak pulang.
“Adik tenat. Saya mahu kakak²nya berada di sampingnya pd saat terakhir!”
Itu kata² mak pd cikgu & akak diizinkan pulang pd hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yg sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dgn Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yg mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise utk abang tengah hari ini.
Rupa²nya, tengah hari itu datang tetamu yg juga rakan² alam maya Dr. Adura membawa kek lori yg abang mahukan sebelum ini.
Ada 2 kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang & ramai yg mahu menyediakan kek yg abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat & doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abang. Tp abang kurang ceria, wajah abang tampak letih & nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu dtg membawa kek berbentuk lori warna pink utk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tp hati mak dpt rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dgn abang di dlm bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yg semakin lesu & pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk & usap rambut abang. Mak menangis teresak² bagai anak kecil.
Dlm tangis itu, mak katakan pd abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.”
“Jgn tahan² abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dpt sempurnakan apa saja hajat yg abang pinta. Mak juga bangga krn Allah hadirkan abang dlm hidup mak walaupun seketika!”
Abang hanya diam, memandang mak dgn pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas²nya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pd abah agar bawa semua anak² datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap² menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak mlm tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8 pagi, abah & kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat² krn cuba menahan tangisnya.
Pukul 3 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan².
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang & kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pd bahu mak.
“Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?”
Mak tunjuk pd abang sinar matahari yg kelihatan di celah² rintik hujan yg turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abang menguap.
“Abang ngantuk!” Itu kata abang & kemudian abang terlentuk semula pd bahu mak.
Tiba² jantung mak berdegup kencang.
“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah & kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dlm nada yg lemah: “Makkk..sakit perut..!”
Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan & amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak utk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”
Mak ucapkan kata² itu sambil merenung jauh ke dlm mata abang yg semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak² agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu² & mula meraung & menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dgn tangisan kamu!”
Mak marah mereka buat begitu pd abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih & berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang utk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yg ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar & tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu org luar lihat. Mak tak mahu ada org menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!”
Dan perlahan² mata abang yg layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pd jari mak semakin lemah & akhirnya terlepas.
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah…
Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
“Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan & buat akikah utk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang & menggembirakan abang setiap saat & waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, & kaya pengetahuan.
Mak telah beri segala²nya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik & mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang…biarpun kini hidup mak & abah terasa sunyi & kosong tanpa abang, mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat² terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Thursday, June 6, 2013

Aku dan Tekanan



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Kejadian masa aku katering dekat Jitra, katering ni maknjang aku punya. Oleh sebab jamuan tu cuma untuk 30 orang peserta ja, hanya aku sorang je yang jadi tukang served orang. Katering buffet so tak payah pakai ramai pekerja pun tak pa.. Sementara aku tunggu peserta nak rehat, aku baca buku wanita... Ada lah ayat-ayat dia yang kena dengan situasi aku sekarang ni....


Hurm.. cerita nya, ex lama aku macam meroyan jugak la nak jumpa aku balik, cakap rindu dekat aku la, pastu baru-baru ni dia jatuh tangga masa buat kerja pendawaian elektrik. Katanya sebab berangan kan aku... Pastu disebabkan dia jatuh tangga tu, dia kena ulang alik jumpa doktor pakar. Dia siap ajak aku lagi p teman dia jumpa doktor... Bila aku tak mau dia dok paksa-paksa pulak.. Aku malas la nak jumpa dia..


Sebabnya yang pertama, ada sorang perempuan ni mengaku kat aku dia makwe ex aku ni.. Aku pun penah jumpa dorang makan sekali kat kedai laicikang tepi jalan.. Tapi dia cakap aku-hang ja dengan perempuan tu... Pastu dulu, dia yang nak putus dengan aku, kata nya nak fokus dekat final sem.... aku pun okay ja la... dah orang taknak kat kita kan....Nak buat genaaaa.. Aku fikir sebab sem last ja pun dia nak putus dengan aku, nanti dah kawen kalau ada masalah besar-besar mai ntah-ntah mintak cerai terus kot...Herm, aku ada mengadu pasai benda ni dekat dak hensem.. Kesian dia kena tadah telinga dengar cerita-cerita aku...#sigh


Awak, saya dah penat kejar cinta awak. Serius saya penat sangat. Dan sekarang, saya lepaskan awak. mungkin cara ni dapat mengajar awak untuk menghargai.  

c/p ayat dari majalah wanita untuk ex aku tu, "Untuk apa mencari dan menangis lagi? Jika sekadar untuk menukilankankecewa yang tak sudah? Atau untuk membebaskan kesedihan yang tidak bernoktah? Atau umpan untuk si dia datang kembali dan memujuk? Cukup-cukuplah."

Kesibukan melanda diri..



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bizi betul aku seminggu ni... Sampai kan rumah pun dah macam  tongkang pecah... Sejak-sejak dibuang kerja ni. Aku jadi pengganggur terhormat dekat rumah.. Tapi bukan duduk rilex goyang kaki je taw... Banyak benda aku buat.. Maklum lah, aku kena buang kerja pun masa cuti sekolah... so, ramai la kanak-kanak dekat rumah aku.. Siap pakej paklang aku yang duduk Mekah tu balik bawak anak-anak dia... Memang riuh la rumah.. Ye la, anak dia saja 20 orang.. Hasil perkongsian 4 orang mak.. huhuhu... Penat la aku memasak dan mengemas rumah... Cisss....pandai la sangat aku masak. Ok. Stop..

Bila lama jari tak menari ni, banyak la benda nak menaip nya... Sebenarnya banyak benda aku nak cerita.... Sebab aku kena buang kerja, pasal hanset aku jatuh dalam lubang jamban masa dating dengan dak hensem. pasal double A ,pasal kenduri sepanjang cuti musim sekolah ni... pasal budak suruh aku nasyid.. pasal bla bla bla.. Kesian kat dak hensem, aku banyak abaikan dia seminggu dua ni.. Aku harap dia paham.

Ok. Aku stop dekat sini dulu.... nak rehat 2,3 minit, jap g aku taip balik.. Aku baru habes katering ni... baru lepas habes membasuh tong-tong, bekas-bekas katering tadi... penat o0o0.. sepetang aku tidur lepas balik dari katering td.. Hihi

:: Malam jumaat, baru lepas baca ysSin untuk yang terchenta :: Al-Fatihah

Thursday, May 30, 2013

aku,kau & dia

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 (mood hujan renyai2)

herm..kenapa kita susah nak lupakan seseorang tu? walaupun ada orang lain yang sayang kita, ambik berat pasal kita, jaga kita sebaik mungkin? dia bukan cinta pertama aku, tapi aku susah nak lupakan dia... mungkin sebab aku banyak kenangan dengan dia kot.. ntah la....susah bila hati dah kata sayang ni....

herm... aku takut nak bagi jawapan sekarang ni.. sebab aku takut aku akan kecewakan orang yang aku sayang..... aku taknak terburu-buru dalam buat keputusan, declare dalam keadaan sakit hati lagi dengan yang lama.. biar la masa yang tentukan semuanya, biar lah yang lama dah jumpa pengganti aku pun, aku tak kisah.... kadang-kadang aku berharap sangat dia penat cari pengganti aku, dan datang kat aku balik.. tapi aku tahu, benda tu dah jadi perkara mustahil.. dia sendiri mengaku dia bahagia dengan apa yang dia dapat sekarang..  mungkin aku ni ja kot yang bodoh still tunggu dia... Double A, saya masih xjemu tunggu awak sebenarnya...

untuk yang baru, saya harap awak mampu sabar tunggu keputusan saya, mampu tahan dengan perangai tak matang saya, sentiasa bersabar dengan sikap saya... jujurnya, saya sayang awak sangat2... tapi saya memerlukan masa untuk melupakan sidia....

Friday, May 24, 2013

Jumaat Malam Keliwon

Bila baca ni, saya terfikir, sebenarnya saya ni cinta @ hanya sayangkan awak?
___________________


Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang..
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga..
Tapi,di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata..
Tapi di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja..

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu,
Namun di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar..

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..
betul tak?

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis,
Namun bila orang yang kita suka menangis,
kita akan cuba membuat dia gembira..

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga..

:: awak, hati saya berbelah bagi...
dunno why, lately he's always in my mind... three month just not enough ::

Monday, May 20, 2013

Membilang Masa

Salam 1 Malaysia u olls...

"SELAMAT BEKERJA"
Wah..huruf besar tu.. kenapa? sebab aku berblog dalam masa 'kerja'
hahaha.... 

Ingat lagi tak cerita ketua kelas yang aku cerita hari tu? Alaaa....yang dah nak kawen tu? hahaha
Malam tadi aku mimpi dia.. macam mana boleh mimpi ntah la... Tapi dalam tu aku mimpi bakal wife dia ada sekali.... haha.. yang aku rasa lawak sebab masa tu dia nak belikan aku rantai emas, pastu dia takut wife dia tahu dia xmasuk pun dalam kedai tu, dia cuma selit duit ja dekat dalam aku punya poket baju.. hahaha.. pastu dia call kedai tu order patern yang sama macam wife dia.. haha... nampak keadilannya disitu... tapi aku sapa....? wek....
Pastu banyak lagi la aku mimpi mengarut pasai dia.. malas nak melalut tang ni... cumanya aku mesej dia pagi tadi pastu dia cakap nak jumpa aku.. erk...


Aku tengah membilang masa ni.. Lagi dua ari g nak jumpa dengan dak ensem tu... huuhuu..Lambat betul la rasa dua hari pun.. Tapi yang tak bestnye, 1 hari bulan ni aku kena kerja... Dah la ari tu ade 2 buah kenduri...kawan-kawan baik punya kenduri pulak tu.. termasuk la ketua kelas tu.. hadoii la... meluat sangat!

SAWAH PADI

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ha tedia....panjang dah tu salam tu... huhu...xpe, dapat pahala banyak kit..eh! hahaha

Mood menulis ni datang sebab aku tido tengah hari sampai ke petang... pukul 1-5... Kesian dak ensem kol 2kali aku tak angkat... malam ni tak buleh nak lena pulak... aku pun perosek-perosek la apa yang patot..huhu..tiba-tiba rasa nak menulis..


Hari ni aku cuti, pagi-pagi lagi aku dah terjaga sebab malam tido awai... kesian dak ensem call semalam aku tak angkat.. 2kali kesian dah.,. Tak sedaq punya pasai.. So, pagi-pagi ni la abah aku ajak p tengok bendang kami kat kampung sebelah nu... Sekarang ni musim orang menanam... Orang dok tabur benih padi.. Tapi hari ni hujan... Tak boleh la nak tanam nanti tak hidup pulak sebab air hujan bawak masuk parit...

Sebenanya abah aku bukan reti pun buat padi ni.. Baru belajar nak jadi petani.. Baru 3,4 musim buat padi ni.. huhu, selalu adik beradik abah yang mai tolong..dia bayar upah... Lagi pun padi yang kitaorang buat ni padi yang depa buat pakat.. Kira nya ada orang yang tenggala, mesin dan lain-lain.. Kita cuma sedia duit bayar upah ja... Yang adik beradik abah dia akan datang untuk tabur baja, racun, vitamin dan sebagainya lah...

Herm,aku suka datang sini sebab dia tenang je... View pun cantik.. Pastu ada katok(telaga yang gali sendiri) yang banyak sangat ikan dalam tu...Boleh la nak mancing..Tapi takut gak sebab tepi-tepi dia ada lubang ular.. huhu.. Kadang-kadang aku dengan adik-adik kena kerah dengan abah untuk mai sulam padi... Sulam padi ni kita kena tanam pokok padi dekat tempat-tempat yang padi tak tumbuh.. Penat jugak la sebab kena bongkok-bongkok.. Tapi paling best time mesin ambik padi laa... Sebabnya time tu kita ikut belakang mesin tangkap ikan pakai tangan... Ye! pakai tangan sebab ikan banyak sangat... Lepas tu burung pun banyak o0o0 yang terbang makan padi yang dah kena mesin tu... Huhu..Meriah sebab kadang-kadang ramai orang datang tengok.. Pastu yang paling best time dapat duit padi... Eh! haha.. Zakat jangan lupa bayar!

Ni gambar aku dan adik-adik, mak menakan, anak angkat, anak jiran yang first time buat padi. Agak perak(jakun) jugak laa...huhu



Cantik kan?

:)




Kesian xpenah naik mesin padi.. aku ade..ko ade? haha

Sesi tangkap ikan


Hat dua ekoq ni reja dok menggedik jaa

Angah sambil mengai ikan dok pelik tengok kami dua dok menggedik bergambar


Serius terserlah keperakkan nya.


Semua pakat ragaih(panjat) lori


Gambar padi sebelum ambik


Kami yang Yeay!


Kat tempat kosong ni la nak kena sulam dengan pokok padi



Sunday, May 19, 2013

M.A.L.A.S

Salam Magrib,

Hurm, lama xtengok blog... Rasa malas pulak nak menaip. Kat tempat kerja pun selang 15 minint nak kena menaip, nak kena post... Jadi malas sangat-sangat dan sangat....


Cukup seminggu dah aku kerja dekat tempat tu... keje dia on9 page syarikat pastu post ape-ape pasal produk yang syarikat jual... pastu kena buat 2@3 account facebook yang fake untuk kita komen,kita like.... Macam menipu orang pun ada aku rasa.... kita sendiri post, kita sendiri like pastu kita sendiri like.. huhu..Tekanan


 Nasib la nama pun kerja kan... huhu.. tatau la berapa lama nak tahan kerja situ...selang sehari HR datang department kitaorang untuk buat kacau... tak de kerja sungguh..... Ehm lupa pulak nak bgtaw...aku dududk department IT,Multimedia dan Marketing... Sebenarnye geng2 HR tu xperlu pun datang kitaorang punya department....Tapi maybe mungkin sebab diorang xde kerja kot..Sebab tu rajin mai 'ziarah' kitaorang ni....




::: Menaip dalam keadaan riak sebab kuku cantik siap berinai lagi...Woha!! ::




Tuesday, May 14, 2013

Tips Untuk Fokus dan Elak Mengantuk.

Huarghh...mengantoknya....

Kerja dari pkul 9-5 asyik mengadap komputer je... letih oo...bukan badan ja yang letih, otak, mata pun letih jugak.. Alang-alang dah mengantuk ni kan, aku gugel je la tips- tips untuk nak fokus dalam 1,1 kerja tu...
haaaa....nampak tak permainan dia disitu? aku berblogging dalam waktu kerja woih....!! hahaha
ok, dah...ni tips-tips dia....
----------------------------------------------------------
1. Set Niat:
Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam 1 pekerjaan, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2.“Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari.

:aku manusia yang jarang minum air, suka baring dan suka tido lewat..woha! ::

Monday, May 13, 2013

Kuatkan hati mu untuk membacanya..

Kisah Sedih Seorang Remaja Lelaki - Untukmu Ibu!!

p/s : Sediakan tisu buat mengesat air mata bagi mereka yang berjiwa halus. Semoga ianya menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga. Berilah mereka peluang kerana mereka juga ada perasaan, ada cita-cita dan harapan.
-------------------------------------------------------------------------------------
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Pekan J. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pekan untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
"Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri roh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Roh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana.

:: emosi 2,3 ari ni asyik sedih je::