Friday, January 23, 2015

Adik ku Adib Farhan

Assalammualaikum...Selamat Petang

Entri bermalas-malasan di petang jumaat... masih di tempat kerja....


Adik kecik aku sekarang dah darjah 3 tau.. gambar dia la dekat tepi tu.. hihihi.. Aku sangat sayang dan manjakan dia... Kenapa aku pun tak tau... Pasai dia hat last sekali kot... Nampak macam pilih kasih kan..? mihmihmih

Kisahnya macam ni..

Semalam sebelum kami nak lena dekat ruang depan, sambil dok teman mak buat sireh junjung yang orang pesan kami adik beradik sembang-sembang la.... Tiba-tiba Aan (panggilan untuk si kecik) tanya dekat mak..

"Umi, nanti besar Aan tak hensem dah la kan? Aan rasa macam mulut Aan makin jatuh la.."

Mak aku pun sampai terdiam tak tau cakap apa... Sedih pun ada jugak. Pastu mak aku jawap.

"Tu la Aan buaih sangat, umi cakap takmau dengar. Tak pa la Aan, tak hensem takpa. Janji kita belajar pandai sampai berjaya. Nanti dah besaq orang tak nampak dah kat mulut tu... orang dok tengok keta Aan ja."

Kami adik beradik pun terdiam dengar ja apa depa dua sembang..  Ye la, mulut dia masa umo 3 tahun penah kena jahit sebab terhantuk dekat kusyen rotan. Ala...dulu-dulu kan pakai kusyen macam tu lagi. Masa tu dia baru lepas mandi, dok buat tegege  dia la dok menari, lari sambil melompat-lompat.. Kebetulan licin sebab dia baru lepas mandi kan, jatuh la dan mulut terhantuk dekat kusyen tu.. Tak silap dalam 5 jahitan gak la dia kena..

Lepas tu masa tahun lepas, masa nak balik dari sekolah, adik aku eksident dengan moto. Dia yang langgar moto tu.. Bukan moto tu yang langgar dia. Kuat jugak la sebab dia tengah berlari dan nak ke gerai tepi jalan seberang sekolah. Dia pulak jenis kalut... Laju ja tak tengok kiri kanan terus lintas. so.... terus berlanggaq la dengan moto tu. Teruk sangat sampai kena berbelas-belas jahitan. Signal moto tu pun sampai pecah dia langgaq.

 Masa nak jahit tu kemain kelupoq  meronta-ronta sampaikan ayah aku bebai nak kepung dia. Dia takot doktor nak jahit,... memang kelupoq tahap ayam lepas kena sembelih la... Aku ada boh gambaq dia. Kalau rasa tak boleh tengok darah tu baik tak payah dok gatai sekerol scrool bawah.

Ok then. Yang tu ja...




mula-mula kuat jugak dia menangis



lepas tu rasa sakit kot air mata kena kat mulut tu.. pedihhhh ooo


Yang ni gambar lepas jahit. petang lepas dia bangun tido.





No comments:

Post a Comment