Friday, January 23, 2015

Adik ku Adib Farhan

Assalammualaikum...Selamat Petang

Entri bermalas-malasan di petang jumaat... masih di tempat kerja....


Adik kecik aku sekarang dah darjah 3 tau.. gambar dia la dekat tepi tu.. hihihi.. Aku sangat sayang dan manjakan dia... Kenapa aku pun tak tau... Pasai dia hat last sekali kot... Nampak macam pilih kasih kan..? mihmihmih

Kisahnya macam ni..

Semalam sebelum kami nak lena dekat ruang depan, sambil dok teman mak buat sireh junjung yang orang pesan kami adik beradik sembang-sembang la.... Tiba-tiba Aan (panggilan untuk si kecik) tanya dekat mak..

"Umi, nanti besar Aan tak hensem dah la kan? Aan rasa macam mulut Aan makin jatuh la.."

Mak aku pun sampai terdiam tak tau cakap apa... Sedih pun ada jugak. Pastu mak aku jawap.

"Tu la Aan buaih sangat, umi cakap takmau dengar. Tak pa la Aan, tak hensem takpa. Janji kita belajar pandai sampai berjaya. Nanti dah besaq orang tak nampak dah kat mulut tu... orang dok tengok keta Aan ja."

Kami adik beradik pun terdiam dengar ja apa depa dua sembang..  Ye la, mulut dia masa umo 3 tahun penah kena jahit sebab terhantuk dekat kusyen rotan. Ala...dulu-dulu kan pakai kusyen macam tu lagi. Masa tu dia baru lepas mandi, dok buat tegege  dia la dok menari, lari sambil melompat-lompat.. Kebetulan licin sebab dia baru lepas mandi kan, jatuh la dan mulut terhantuk dekat kusyen tu.. Tak silap dalam 5 jahitan gak la dia kena..

Lepas tu masa tahun lepas, masa nak balik dari sekolah, adik aku eksident dengan moto. Dia yang langgar moto tu.. Bukan moto tu yang langgar dia. Kuat jugak la sebab dia tengah berlari dan nak ke gerai tepi jalan seberang sekolah. Dia pulak jenis kalut... Laju ja tak tengok kiri kanan terus lintas. so.... terus berlanggaq la dengan moto tu. Teruk sangat sampai kena berbelas-belas jahitan. Signal moto tu pun sampai pecah dia langgaq.

 Masa nak jahit tu kemain kelupoq  meronta-ronta sampaikan ayah aku bebai nak kepung dia. Dia takot doktor nak jahit,... memang kelupoq tahap ayam lepas kena sembelih la... Aku ada boh gambaq dia. Kalau rasa tak boleh tengok darah tu baik tak payah dok gatai sekerol scrool bawah.

Ok then. Yang tu ja...




mula-mula kuat jugak dia menangis



lepas tu rasa sakit kot air mata kena kat mulut tu.. pedihhhh ooo


Yang ni gambar lepas jahit. petang lepas dia bangun tido.





Tuesday, January 20, 2015

High all the time...


Bila dia senyum..... manis sangat.. tahap diabetes tau... awww awww


:: unexpected feeling ::

Presepsi manusia selalu berubah kan? hihi..

p/s : post gatal tangan.

Wednesday, January 14, 2015

Cikgu Main Dengan Murid

Lawak Murid dan Cikgu : Nama Unik dan Pelik

Ajoi ialah seorang guru. Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid perempuan dan menjawab “saya DIAN, Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK. Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu
Berenang-renang Ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu
DIAN”

Friday, January 9, 2015

Tempat Kerja Baru

Start 1 Januari 2015 hari tu aku dah lapor diri dekat tempat kerja baru.. Walaupun agak tergesa-gesa lapor diri, aku gagah jugak sebab bukan senang nak dapat kerja macam ni.. Jadi aku antara oarang yang terpilih la dekat sini.. Alhamdulillah... rezeki aku...

Aku interview 18hb Disember klau tak silap.. 20hb tu diorang dah call suruh aku masuk kerja 24hb.. mak aii... mana boleh....sebab aku tengah kerja dengan tempat kerja lama lagi.. so aku slow talk dengan depa la kan.... Akhirnya....! yeay... disini lah aku....


:: post ni aku buat sebab nak buat form.. syarat je nih.. mihmihmih ::

Sunday, January 4, 2015

Manusia Dan Lumrah

CUBA KORANG POST KAT WALL MACAM NI

"Saya terasa nak pakai iphone 6 , ada x yang sudi bagi free kat saya" 

Nanti akan wujud komen2 macam ni.....

1)  "nak pakai hp canggih beli sendiri la"
2) "bertuah la kalau ada orang gila nak bagi iphone 6 mudah2 macam tu"
3) "permintaan x logik langsung"
4) atau xda langsung yang komen
-----------
TAPI CUBA KORANG POST KAT WALL MACAM NI PULAK

"Saya terasa nak bagi iphone 6 kat kawan2 saya , ada yang nak x?"

Maka wujud la komen2 mcm ni.....
1) "sy nak"
2) "bg aku la , nanti aku bg ko simkad free" (bg yg jual simkad)
3) "Weh , cek inbox"
4) " waa , membe gua dah kaya la skarang , sombong la dia"
5)  dan bersusun la komen2 pelik.. org yang xpernah komen pun akan komen...

 p/s : Nampak sgt kebanyakan dari kita ni lebih suka menerima daripada memberi .... bila org meminta dari kita , macam2 kita cakap.. xlogik la apa la... tapi kalau orang nak bagi , laju je... xda pulak pertikai logik ker x logik... bila orang nak memberi, masa tu la nak mengaku kawan lama lah apa lah.... hipokrit lahaiiii.....


 :: Percaya atau tidak , tu lah hakikatnya... x percaya , boleh cuba sendiri....Lumrah  manusia... kita senang , kita lupa kawan , kawan dah senang baru kita ingat ::

Cantik Itu Diwajah @ Dihati...?



Menguap. Mata berair. Sungguh! Kelas heaven sangat sampai rasa mengantuk.

Lecturer yg dikagumi: Nowadays, women spend too much money for their cosmetic.

Aku yg mengantuk : Tersengguk2
Lecturer yg dikagumi: Haa. You there.
Aku yg mengantuk : Saya? terpinga2
Lecturer yg dikagumi: Yes. Kamu kak long. Pakai produk apa kat muka?
Aku yg mengantuk : Err. Err. Arang batu? krik krik

Tertekan sebab rasa diri tak cantik? Tak putih? Hitam? Ehem! betulkan suara

Syair arab ada menyebut,
“Putih tak semestinya bermaksud cantik, dan hitam tak pulak bererti kotor kerana putihnya kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.” senyum kelat

Pepatah english ada mengatakan,
“3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.” Naaaa! Nampak? Putih bukan benda bagus sangat pun.

Ok. nak pepatah melayu jugak? Ni saya bagi pantun. Taadaaaa!
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di bupauga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? betulkan tudung

Geng-geng mafia sekalian..
Cantik ke handsome ke comel ke comot ke (comot itu unik ok. ha3!) Itu semua anugerah dan pinjaman dari Allah. Jangan riak tapi bersyukur. Anytime Allah boleh tarik balik.

Apa? Takut tak dapat jodoh sebab tak cantik? Tak hot stuff? Well~ minum milo

Rugilah seseorang Lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar Wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia. Tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan Syurga. InsyaALLAH. Bi-idznillah. kenyit mata

Dan bagi saya pula, lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kesahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. Bagi anda? He3!

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan punya quote “Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? kerana mereka ini telah cantik di sisi tuhan kami. Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard CANTIK yang ALLAH TETAPKAN” rasa terinspirasi ha3!

Saya tutup entry saya dengan sebuah errr contengan yang entah apa-apa? laugh

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA
Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi..

*perkongsian tulisan yang tidak dipastikan siapa. semoga bermanfaat.

Wednesday, September 18, 2013

Semuanya Rahsia ALLAH

Sesungguhnya cinta itu milik Allah. Dicintai dan mencintai adalah anugerah dari Allah. Datangnya cinta kerana Allah,perginya cinta juga dengan izin Allah.

Takut kehilangan sesuatu yang tak pasti sama dengan tidak redha dengan ketentuan Allah.Ketakutan terhadap rasa kehilangan boleh diatasi dengan percaya kepada takdir Allah. Sebagai manusia,kita hanya meminjam bukan memiliki..

Melupakan seseorang yang telah banyak memberikan kebahagiaan bukan satu perkara yang senang. Namun jika itu yang terbaik relakanlah. Hidup adalah sebuah tanda “koma”. Tanda titik kita dapat jika nyawa telah tiada. Selagi ada nyawa,kita masih memiliki harapan.

Bertemu itu adalah takdir. Berkawan itu pilihan. Namun untuk mencintai itu kuasa Ilahi .Jangan musnahkan persahabatan jika cinta tak kesampaian. Telah tercatat sebaris nama di Lauhul Mahfuz untuk dirimu. Peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Teruslah menanti dengan ikhtiar dan do’a serta jadilah yang terbaik. 

::Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,namun Insya Allah nanti akan datang orang yang menerima kita apa adanya.. :: 

p/s : Rasa rindu yang hadir tak mampu untuk dibendung. Semoga sejahtera anda disana... Al -Fatihah