Friday, March 29, 2013

Khaulah Al Azwa here


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan
katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk).
(QS. 43:89)


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz
Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya
ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam
dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda
dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan
- “Assalamualaikum”


dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi
wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang
tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya
dengar iaitu ;


“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain,
hendaklah kita berkata


“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh
lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan
seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia
adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan
“Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka
hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu
sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U
Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform
“A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan
“Assalamualaikum“.


* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit
Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”


* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud
“Binatang” dalam bahasa Yahudi.


* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka
Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan
diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya...

No comments:

Post a Comment