Friday, September 18, 2015

Ya Allah, wahai Tuhan yg memegang rahsia segala sesuatu, jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yg Engkau tetapkan

Ya Allah, aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu,tidak ya Rabbi. Kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,Engkau tahu udlu aku ini hanyalah hambaMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu, dan akupun tahu tiada sorang pun yang sempurna didunia ini dari kesalahan atau kekurangan.
Maka aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu..
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya, seseorang yg kan kucintai kerana keindahan akhlaknya,seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya,seseorang yang akan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya..
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba..
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih..seseorang yang kan ku sapu airmatanya ketika dia menangis..seseorang yg kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat..
Seseorang yg kan ku dengar segala keluh-kesahnya, seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya, seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya.. Yg kan selalu kujanji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba..
Ya Allah, wahai Tuhan yg memegang rahsia segala sesuatu, jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yg Engkau tetapkan.. Dan jadikan barakah dalam apa-apa yg Engkau takdirkan, wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu. Andai Engkau berkehendak lain, sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat, maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku.. Aminn ya rabbi...
Sesungguhnya aku tidah mengetahui,sedangkan Engkau Maha Mengetahui, takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..
Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah memilihmu untukku,
Aku tidak pernah mengharap mncintaimu, tapi Allah telah menundukkan hatiku utk mencintaimu,
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingi mu, tapi Allah yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu,
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu, tapi Allah yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu,
Itulah aku adanya..
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri..
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturkan dan menentukan bagaimanaku dan apa yg kurasakan disaat ini.

:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? ::


Entri yang aku copy paste dari facebook.. Terasa sebaknya masa menulis semua ni.... Terasa macam diri sendiri pulak.

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri..

 lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan.. Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian...
Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa..

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?" Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya..
"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..."

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih.. Ketika itu, hati pasti merintih..

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"
Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...
Abang... Berjanjilah dengan sayang... Abang tak akan sia-siakan sayang... Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang... Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita... Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta... Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang.. Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang... Usahlah dibuang kain buruk ini.. Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...Jangan sampai abang berubah hati...Jangan sampai abang bertukar cinta..Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini... Kasih abang sayang junjung.. Cinta abang sayang julang.. Setia abang sayang sanjung..Sampai ke akhir hayat...



P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat

Saturday, September 12, 2015

Entri pertama selepas bergelar seorang isteri.

Kisah ini kredit kepada kisah rumah tangga.. Aku mengepaste dekat sini untuk peringatan diri sendiri jugak.. Memandangkan aku pun dah berkahwin, so tertulis la entri ini. 
Selamat membaca
________________________________________________________________________________
Tahun ni masuk tahun yang ke 11 perkahwinan..
Alhamdulillah, rasanya tak akan cukup lafaz dan ibadah saya untuk menzahirkan kesyukuran.
Saya rasa cukup. Kawan-kawan mencemburui kebahagian saya. Pada tahun yang ke11, kami masih seperti pasangan bercinta.
Kadang-kadang dalam hening malam, saya terfikir, I must have done something right to be blessed like this.
Nak kata hidup saya perfect, tak lah. Seperti rumahtangga lain, berkali-kali kami dilanda badai. Alhamdulillah kami berjaya harungi. Here some of example yang saya rasa menyumbang kepada damainya perkahwinan kami hari ini. Semoga yang baik (jika ada), boleh menjadi tauladan bersama.
1. Saya lebih berpendidikan dari suami, gaji saya 3 kali ganda dari beliau. Tapi bagi saya gaji saya adalah rezeki rumah tangga, yang Allah kirim melalui saya. Walaupun gaji saya, setiap kali nak beli handbag berjenama (perbelanjaan yang beribu), saya akan minta izin suami walau berkali suami beritahu, tak perlu minta izin kerana itu duit saya dan saya mampu. Dan setiap kali jugalah saya akan jawab, duit itu rezeki kita, melalui saya.
Setelah bertahun budaya begitu, ada masa suami akan beri pendapat, tak perlu beli, membazir. Tapi saya akan ambil hati suami, pujuk masak sedap-sedap, merayu, sehingga dia kata.. OK. Baru lah seronok hati bershopping 😁
2. Saya panas baran orangnya. Suami lembut bicara. Sabarnya beliau menjinakkan saya, kini saya lebih lembut dalam kelakuan dan tutur bicara. Sedikit sebanyak, budi baik nya mengalir juga pada saya.. Lembut tegur nya membuat saya mudah menerima dan bermuhasabah. Kita kan tak sempurna, tapi itulah keseronokan hidup, bila ianya adalah bagaikan satu perjalanan untuk penambahbaikan diri yang tiada penghujung.
3. Zaman remaja saya gelap. Dan saya tidak merahsiakan satu apa pun dari suami semasa kami mula serius merancang perkahwinan. Dalam 11 tahun, tidak pernah sekali terungkit kisah itu hatta dalam pergaduhan paling hangat sampai tumbuk pintu (saya yang tumbuk)..
Sebelum kahwin, suami kata dia hanya mahukan masa depan saya, bukan masa lampau. Dan beliau berpegang pada janji sehingga hari ini.
4. Belai mesra suami cukup, kadang-kadang terlebih sampai nak sepak je. (I ni jenis kasar, rimassss). Sudah tahun ke11, masih, bila saya masak, dia peluk dari belakang. Sebelum pergi kerja, peluk ketat 5 saat. Sebelum tidur, cium muka cium tangan dan berterima kasih kerana menyayangi. Setiap masakan saya di jamah dengan ucapan terima kasih. Anak-anak tak boleh tumpang katil kami (tapi katil mereka boleh bercantum dengan katil kami). Sampai office call, before lunch call, lepas lunch call, sebelum balik office call, siapa sampai rumah dulu call.
Saya rasa ini yang mengikat kasih kami. Ramai kawan saya mencuba mulakan budaya ini, tapi pasangan tak beri respond yang membina. Saya cadangkan teruskan saja walau ego dan hati kadang-kadang boleh sentap. Kerana saya bukan lah orang sebegini dulu, suami yang mulakan. Dalam rimas saya layankan juga. Sekarang sudah terbiasa, malah bersyukur. Kalau saya boleh berubah, pasangan mereka juga boleh.
Rasanya ini saja yang saya boleh share buat masa ni. Nanti bila free saya sambung, itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau lagi ramai yang meluat dari yang suka, tak perlu share lebih walaupun niat saya agar yang baik boleh jadi panduan kepada yang lain. Saya dapati, kadang-kadang kebahagian kita menjadi duri kepada orang lain, dan saya hormati perasaan itu.

Monday, March 9, 2015

Nothing to says....

Assalammualaikum ....



Kali ni aku nak puji sikit la Ct Not Haliza. Jarang aku nak puji dia weiii....

Dia tak termasuk dalam penyanyi peberet aku okey... Tapi aku suka pulak dengan LIRIK lagu yang dia nyanyi untuk OST Suamiku Encik Perfect10.. Hahaha.. Lirik je okey...


Untuk dak ensem yang selalu stalkblog saya ni, lagu ni untuk awak.... cecece..

Lagu Siti Nurhaliza & Cakra Khan - Seluruh Cinta


Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

Kaulah slalu mencinta bagiku
Yang slalu mengencamkan perasaanku
Dirimu kan slalu ada di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan s'gala gerakku
Ku kan s'lalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu

Tiada lagi bait yang indah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah slalu mencinta bagiku
Yang slalu mengencamkan perasaanku
Dirimu kan slalu ada di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan s'gala gerakku
Ku kan s'lalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

Tiada cinta yang setulus cintamu (Cintamu)
Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Tiada rasa seindah kasihmu
Tiada yang mampu temani diriku

Kaulah slalu mencinta bagiku
Yang slalu mengencamkan perasaanku
Dirimu kan slalu ada di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan s'gala gerakku
Ku kan s'lalu memujamu hingga nanti kita kan bersama

p/s : Encik Muzaly, sayang awak 94%......

Wednesday, March 4, 2015

aku, dia dan dot dot dot



Assalammualaikum semua....
Ambik feeling tengah-tengah hari menaip entri..I tengah rehat u.....Hahaha

Alkisah nya aku dan si dia....
________________________

Aku dengan dia kenal dekat YM tahun 2005 masa aku tingkatan 2. Tapi time tu biasa la...kena la jual mahal sikit. Pertamanya sebab aku kenal dia dekat internet, keduanya aku tak kenal pun dia tu siapa.. Eh? boleh ke buat ayat macam tu..? ahh.. Bedal je la... Blog aku kan...? 


Kitaorang bertegur sapa pun sekali sekala je.. Dulu mana ada internet lagi dekat umah... Kalau tak pegi cyber cafe, dekat sekolah masa kelas ICT la aku curi-curi bukak YM pun... Hubungan aku dengan dia tak ubah cakap air pasang pagi surut pukul 5... Ye ke? hahahaha.

Tapi rezeki, jodoh, ajal semuakan dah ditetapkan... Siapa lah kita nak menghalang dan menidakkannya... Awal tahun 2012 @ 2013 agaknya dia start contact aku balik... Itu pun masa aku konvo ( waktu tu dah pakai fb dah) aku bubuh gambar dekat fb dia komen tahniah.. Start dari tu la kitaorang rapat. Sebabnya aku macam terasa jugak la.. Gigihnya dia layan aku, tunggu aku, sabar dengan aku, yang sedingin angin salju ni ha.. (Jangan panggil aku Puteri Salji sudah sebab nya aku memang tak tahan panas pun) hahahaha.

Rapatnya kita orang sampaikan 13/10/2014  family dia datang merisik aku dan kitaorang officially engaged 1/3/2015.. Lama x tempoh merisik dan bertunang tu..? hahahaha... Ada budak tu dia tak sabar sampai mak dia nak suruh kitaorang bertunang bulan 11/2014.! Tapi sebab mak aku tak sedia lagi dari segi kewangan, rumah jadi pospone sampai bulan 3... Yehuu...

Dah la.. malas nak taip... tengok je la gambar.. boleh? 


Hantaran sebelah lelaki sahaja.. Belah perempuan takde. Sebab asalnye dah janji kan tak nak ada hantaran, Last-last diorang bawak jugak....


Muka cuak dak ensem,, Hahaha


Time ni aku nebes gile weyh. Takot cincin takmuat. Sampai mak dak hensem cakap, Tak pakai losyen ke kat tangan...? Pakai losyen senang sikit nak sarung... Tapi syukur, kanan ke kiri ke 2,2 muat cincin tu..... Hahaha


:)


:0



Bersama mak mertua. Encik Muzaly, mulai sekarang, ni mak saya jugak....


Mak, Saya, Maksu.... Saya MAK ape eh? okey.. MAKan....hihi

Bonda dan ayahanda hat pakai bju biru tu....


Ni cincin tunang. eh.. awat tangan nampak buruk.. hahaha.. abaikan


Adik beradik saya... Tak cukup lagi 2 orang.. huhuhuhu
Eh, yang kecik comey, bulat dan tembun tu adik susu saya okey


p/s: Perasan tak saya bubuh muka sendiri? hahahaa......

Sunday, February 15, 2015

CARA KITA MERASAI BAHAGIA ITU BERBEDA.. :(

Bahagia seorang anak itu tidak semestinya mesti lena di lengan ibunya, menulis di sisi ayahnya. ataupun makan bersama di sebuah meja.

Tapi bahagia itu bila kita tetap menyayangi dan saling merindui biarpun mata dan jasad tidak terlihat. Tidak dinafikan, mungkin mata akan selalu basah. Tapi basahnya ia akan membuatkan kita terus bersemangat untuk hidup. Berhentilah menangis. Teruskanlah hidup.


:: Sedih. Jujur, ini yang terbaik dalam kehidupan. Al-Fatihah ::

2015/02/cerpen-a-thousand-years/

Tuesday, February 10, 2015

CLUELESS

"Hidup bukan tentang kita sahaja, tapi juga tentang manusia lain di sekeliling kita "

May your engagement be the start of dreams in your heart, that you'd like very much to come true, 
And may every new day, bring all the good things deserved by someone like you! I love u!